Kesibukan mengurus rumah tangga menyebabkan ramai wanita mengabaikan kesihatan mereka. Keadaan ini tidak sihat sehinggakan mereka berhadapan situasi tekanan yang kritikal hingga boleh menjejaskan tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

Wanita perlu bersedia menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan harian dan belajar menangani secara rasional untuk kehidupan lebih harmoni. Kehidupan sebagai seorang wanita amat mencabar terutama bagi mereka yang bekerja.

Melalui perkongsian dilaman Facebook, Ustazah Nazirah Abu Bakar berkongsi tentang isu mengapa wanita selalu mengalami tekanan. Moga menjadi pedoman dan panduan buat semua golongan wanita.

Wanita Bila Dah Kahwin Jangan Buat Semua Kerja Sendiri, Mintalah Bantuan Suami, Kita Bukan Superwoman
Kredit foto: Pexels

KENAPA WANITA TERTEKAN? 

KERANA PENAT

Penat bersendirian, penat bertahan, penat berjuang, Makanya sampai satu ketika ia meletup dan jika tak diuruskan dengan baik maka penat tadi boleh menjadi laluan masuk paling ampuh untuk syaitan menghancurkan sesebuah rumah tangga.

Ads

OVERTHINKING 

Dirinya belum mati, tapi dia sudah sibuk bertanya pada suami, kalau saya mati abang kahwin lagi tak? Kalau suaminya jawab kahwin, murung dia seharian tertekan. Sampai hati.. walhal soalan itu dia yang ajukan sendiri. Yang lebih dahsyat, sudah mula berfikir, kalau saya mati, saya akan jadi hantu bertenggek di rumah abang supaya abang tak kahwin lagi. MasyaAllah dalam kubur tak sempat agaknya nak fikir suami, hanya yang melintas itu apa amalku atau dosaku yang akan meluas dan melapangkan kubur. Ya Allah kita tak perasan kan.

Ads
Wanita Bila Dah Kahwin Jangan Buat Semua Kerja Sendiri, Mintalah Bantuan Suami, Kita Bukan Superwoman
Kredit foto: Pexels

PENYAKIT NAK BUAT SEMUA BENDA 

Wahai para wanita, kita bukanlah superwoman. Mana yang mampu kita buat dan belajarlah jeda seketika saat kita rasa tak mampu nak teruskannya. Its ok to be not ok. Jangan malu meminta pertolongan. Hatta walau kita orang agama, jangan berhenti untuk menguruskan tekanan kita.

Ads

Jangan sibuk pedulikan kata orang kerana orang tak tahu apa yang kita rasa. Hanya kita dan Allah yang benar-benar mengerti begini rasanya menjadi hamba yang sedang berjuang untuk masuk ke syurga Allah Taala.

Harapkan manusia, sampai masa mereka tak boleh beri apa yang kita inginkan, hati kita akan menjadi kecewa, tetapi berharap dengan Allah, Allah itu sentiasa ada dan tak pernah menzalimi hamba-Nya. Kahwin ujian, tak kahwin ujian, ada anak ujian, tak ada anak ujian, pendek kata semuanya ujian belaka yang Allah beri sebagai asbab nak tinggikan darjat kita.

Semoga Allah bahagiakan jiwa wanita-wanita yang lalu di status ini amin..

Sumber: Nazirah Abu Bakar Kredit foto: Pexels

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI