Apabila bercerita tentang hubungan percintaan antara wanita bujang dengan suami orang, pasti ramai yang akan melenting. Mana tidaknya ia melibatkan banyak perkara terutama soal hati dan juga perasaan.
Tidak dapat dinafikan, ramai wanita bujang yang terjebak dalam cinta begini. Alasan yang diberikan oleh mereka ia adalah jodoh mereka dan rasa kasih dan sayang pada lelaki yang berstatus suami orang.
Melalui satu hantaran dilaman Facaebook, Firdaus Shakirin melontarkan pandangannya tentang mengapa wanita bujang perlu mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan suami orang.
“Berkawan” dengan suami orang: Kalau boleh elak tu, elaklah…
Bila dah tersuka, bila dah dilamun cinta, terus dikatakan jodoh…nak buat macam mana kan…ketentuan ALLAH SWT…tapi pokok pangkal asal hubungan tu adalah sebab tidak pandai jaga pergaulan dan tidak tahu batas bila bergaul…
Bukan tidak tahu dia tu suami orang, tapi melayan jugak…dari sekadar “cuma kawan”, sehinggalah terbinanya “satu hubungan”…
1. Bukan semuanya mampu
Kita bukan nak menidakkan perkara yang halal dan boleh unttk org lelaki buat…tapi syarat utama yang membolehkan dia untuk buat pilihan itu ialah mampu…mampu ni, boleh dikatakan ramai lelaki yang bergelar suami pada hari ini, “tidak mampu”…kalau dia betul-betul mampu, maka isteri dia tidak membantu langsung bab kewangan…from A to Z dia sediakan, semua hutang dia bayarkan siap ada pakej duit belanja yang fixed lagi setiap bulan untuk isteri dia…
Kalau bulanan pun, isteri bayar hutang, isteri topup perbelanjaan, kleuar mkn isteri bayar, minyak kereta isteri penuhkan, maka di mana “kemampuan” dia untuk beristeri lebih dari satu…? Kalau dia teruskan jugak niat dan perbuatan itu, maka penganiayaan akan berlaku disebabkan dia “tidak mampu”…
2. Niat nak test market, main-main, tak serius.
Bukan semua yang menyentuh hati anda tu, membuatkan anda jatuh cinta dengannya ada nawaitu ingin menghalalkan anda…ada yang saja-saja test market…sekadar suka-suka, main-main…dia tak mahu untik ke peringkat seterusnya sebab dia tiada keinginan pun untuk ke peringkat tu…
Hubungan tu sekadar mengisi masa lapang, memenuhkan masa terbuang… Dia akan mengelak daripada membicarakan soal serius ke tidak, nak berkahwin ke tidak dan sebagainya…dia akan berjanji sahaja sepanjang masa tapi dia langsung tidak mengotakan apa yang dijanjinya…
Lebih teruk lagi, dia dapat “habuan”, dia blah dan memutuskan hubungan begitu sahaja…habis madu, sepah dibuang…dia yang untung dan dia tak rugi apa-apa dalam hubungan yang macam ni…
3. Jangan menambahkan bilangan ibu tunggal
Biasalah, adat mula-mula nak menumpang kasih…bila kasih dah ditumpang, maka mula tamak dan nak ianya jadi hak milik sorang…
Yang pertama dah mula rasa kurang senang, yang pertama dah mula rasa diabaikan, yang pertama tak boleh terima diduakan, maka yang pertama pun “lebih rela” untuk bergelar ibu tunggal…
Ada suami yang sebelum bercinta dengan org lain, sebelum berkenalan dengan orang lain, dia ok dengan isterinya…bila berjumpa orang baru, dia jadi haru biru…kewajipan dah ke laut, nafkah dah mula tak tunai…anak isteri tak di hiraukan lagi dah dek kerana keasyikan dilamun “cinta baru”…
Ditegur tak guna, dinasihat sia-sia…Maka give up dan redhalah si isteri dalam mempertahankan rumah tangga asbab kemunculan orang ketiga…si suami yang asalnya nak membantu janda, telah menjandakan pulak isteri sendiri…
Sebagai suami, jagalah pergaulan dan fahamilah batas-batas bergaul…kita keluar mencari nafkah untuk keluarga, bukan jodoh kedua…tengok cermin, tengok atas bawah…sedarilah kemampuan kita dan ingatlah pengorbanan yang telah isteri kita lakukan…
Kepada “orang ketiga” andai rosak sesebuah rumah tangga kerana perbuatan anda, maka bertanggungjawablah untuk menjawab soalan di akhirat sana…Allah Maha Adil dan Saksama…
Sumber: Firdaus Shakirin Kredit foto: Pexels