2. Bila dah dewasa, kacak bukan keutamaan. Tetapi kewangan dan kerjaya menjadi matlamat utama dalam pemilihan pasangan hidup.
“Bagus kerja ya abang Wahid nie, kerja pilot”
“Suka tengok abang Jovian pakai baju bomba, nampak macam otromen Ace”
3. Bila mereka dah stabil, kaya dan matang, mereka hanya fokus mencari lelaki yang boleh bimbing mereka kejalan agama dengan baik.
“Tak percayalah”, tanya Kak Lofa contoh terdekat .
4. Lelaki mudah hidup mereka. Sejak muda sampailah tua kutuk tak sedar diri pilihannya tetap sama. Mereka hanya pilih yang CANTIK! sahaja. Fitrahnya begitu.
“Tak caya lah bang?” Kau tanya Abang Bong Moktar dik.
Berhati hatilah pilih pasangan hidup.
Ada yang cantik baik, ada yang cantik belanja besar untuk kekal cantik.
Pilih yang boleh sama sama bina masa depan. Kita sahaja tahu, kita sedang ditipu atau diguna gunakan. Jangan pula jadi kedekut, keluar makan bayar masing masing. Bulu mata, tudung lofa itu semua modal agar nampak cantik bagi kita tertawan.
Lelaki budiman tetap belanja wanita bila keluar makan. Itu tradisi sejak berzaman.
Tunjukkan kita gentleman, bukan hanya ambil kesempatan.
Cinta itu buta dik, tak selalunya indah.
Abah Qilah
Jadilah Lelaki Sejati