
Agak teruja melihat deko rumah bajet ini yang menggunakan bajet kecil sahaja, tetapi hasilnya cukup kemas dan cantik.
Bagi anda yang mempunyai bajet murah tidak bermakna, tidak boleh melakukan transformasi untuk kediaman anda.
Apa yang penting, kena kreatif walaupun bajet tak banyak. Salah satunya, daripada perkongsian Cik Laila ini, yang mana dia telah berjaya transformasi deko rumah flatnya menjadi seperti sebuah kediaman kondo.
Apa kata tengok hasilnya.
Deko Rumah Flat
Ruang tamu yang dihias cantik.
Nak share deco simple-simple dari orang bujang ( berdua dengan adik pompuan). Walaupun rumah sewa ( flat ) tapi disebabkan suka ala-ala condo gitu.
Kita makeover slow-slow ikut kesesuaian bajet.. Alhamdulillah, selama 9 bulan menyewa bikin sikit-sikit..
Ada barang yang dari Eco, Mr DIY, Tesco, Ikea ,My OneShop, kedai perabot terpakai & ada yang buat sendiri.
Ruang santai dengan konsep ringkas tapi menenangkan
Ruang makan dengan konsep putih.
Ini ruang tahu sebelum transformasi.
Jadi, tiada alasan untuk anda hias rumah walau tak mempunyai bajet besar. Nampak hasil deko rumah flat ini pun dah cukup puas dan menarik. Boleh lah anda cedok idea ini dan hias rumah anda pula.
Sumber: Cik Laila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saham’ Dunia & Akhirat, Islam Galak Suami Isteri Punya Zuriat, Mengapa Anggap Anak Sebagai Beban

Isi Kandungan
ToggleZuriat adalah kurniaan yang Maha Esa kepada hamba-Nya. Dalam setiap perkahwinan sudah pasti kita mengharapkan kehadiran zuriat yang akan menjadi penyejuk hati dan penenang perasaan.
Memiliki cahaya mata merupakan anugerah terindah bagi setiap pasangan bergelar ibu bapa. Anak juga sering dikatakan pembawa rezeki dalam keluarga dan penyeri rumah tangga.
Dalam Islam sendiri, meramaikan zuriat adalah sesuatu yang digalakkan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.
Mendidik anak ibarat membuat kuih. Bagaimana acuannya, begitulah bentuk kuih yang terhasil. Ibu sebagai acuan, perlu menjaga akhlak kerana anak-anak akan terkesan dengan sikap dan tauladan yang dipamerkan.
Ibu dan bapa sepatutnya menjadi role model atau contoh ikutan anak-anak yang paling berkesan. Maka tentulah menjadi role model perlu mengusahakan segala sifat baik yang dianjurkan oleh Islam dengan mengamalkan ilmu dan panduan daripada al-Quran dan Sunnah. Jika tidak, usaha pendidikan itu pasti gagal.

Namun ada juga pasangan yang berkahwin enggan memiliki anak. Malah ada yang menganggap anak sebagai satu beban.
Seorang influencer dari Indonesia, Gita Savitri menjadi bualan hangat bukan sahaja di kalangan masyarakat di Indonesia tetapi juga di Malaysia. Dia mendakwa bahawa wanita yang berkahwin dan memilih untuk memilih tidak mempunyai anak akan kelihatan awet muda.
Ujarnya lagi, wanita yang tanpa anak tiada gangguan seperti wanita yang memiliki anak. Ibu-ibu yang tidak memiliki anak juga akan mendapat tidur yang cukup selama lamapn jam dan tidak perlu menghadapi jeritan anak-anak.
Kenyataan itu disebutkan ketika membalas komen pengikutnya yang bertanya tentang rahsia awet mudanya walaupun sudah berusia 30 tahun.
Wanita dari Palembang ini dengan tegas berkata, anak-anak sebenarnya adalah satu bebanan, bukan hadiah yang sering dikumandangkan orang ramai.
“Ya, ia adalah beban untuk saya (anak). Bagi anda, ia bukan (tetapi) hadiah. Ia adalah beban untuk saya, jadi saya tidak mahu (beranak). Dan tidak ada yang salah dengannya” kata Gita dalam sesi live di Instagramnya.
Pengakuan Gita Savitri bahawa dia hanya mahu meneruskan hidup berdua dengan suaminya, Paul Andreas Partohap, adalah kontroversi pertama yang menjadi perhatian. Kenyataan Gita yang tidak mahu mempunyai anak serta-merta menjadikan istilah ‘childfree’ (bebas anak-anak) itu terkenal dalam masyarakat.
Alasannya, keinginan untuk tidak mempunyai anak dianggap luar biasa di Indonesia sehingga dia juga mendapat banyak cacian. Gita mendedahkan mempunyai zuriat adalah tanggungjawab besar sehingga dia dan suami bersetuju untuk tidak memiliki anak.
MENGAPA ISLAM MENGGALAKKAN MEMPUNYAI ANAK:
*Islam menggalakkan setiap pasangan suami isteri untuk mempunyai anak. Pada pandangan Islam, perkahwinan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan biologi tetapi juga untuk memperolehi hikmah lain salah satunya ialah untuk mendapatkan zuriat.
*Tujuan perkahwinan adalah untuk memelihara kehidupan manusia. Dengan perkahwinan, umat Islam dapat melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.
*Apabila sepasang suami isteri Islam yang sudah berkahwin mempunyai anak, bilangan umat Rasulullah SAW bertambah di muka bumi. Itulah antara sebab Islam menganjurkan untuk mempunyai anak.
*Dalam bukunya Al-Mabsuth, Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl As-Sarakhsi mengatakan, faedah perkahwinan bukan sahaja melindungi wanita dan menghindari zina. Tetapi, ia juga menambah bilangan umat Nabi Muhammad SAW.
“Antaranya juga menambah bilangan hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW, dan memastikan kebanggaan rasul terhadap umatnya.”
*Memiliki anak juga merupakan kebahagiaan yang diperoleh manusia di dunia, sebagaimana hadis riwayat Ad Dailami, Rasulullah SAW bersabda, “Empat jenis kebahagiaan manusia, iaitu isteri yang solehah, anak yang soleh, sahabatnya orang yang soleh, dan penghidupannya di negeri sendiri.”
*Memiliki anak bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada keluarga. Allah SWT juga memberi ganjaran yang melimpah ruah kepada ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan baik dan ikhlas.
*Berjaya mendidik anak-anak menjadi muslim yang khusyuk dan khusyuk memberikan ganjaran yang tidak putus-putus kepada ibu bapa.
*Rasulullah SAW bersabda, “Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.”

*Doa dan istighfar dari anak-anak yang soleh dapat meningkatkan darjat ibu bapanya di dunia akhirat.
*”Sesungguhnya Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh di syurga, lalu dia berkata, ‘Wahai Tuhanku, dari mana aku dapat semua ini?’ (Riwayat Ahmad).
Kesimpulannya, Islam tidak menganjurkan mempunyai anak tanpa sebab. Pada pandangan Islam, mempunyai zuriat akan membawa kebahagiaan, sehinggalah pahala yang melimpah ruah.
Sumber: harapanamalmulia.org Instagram Gita Savitri Kredit foto (top image): Pixabay
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berkilat Lantai Rumah Bila Isteri Tahu Tip Ini, Guna Pelembut Kain Dan Cuka Saja

Isi Kandungan
ToggleTip nak bersihkan lantai rumah dengan cara jimat tanpa perlu beli pencuci, yang penting hasilnya wangi satu rumah!
Sebenarnya tip ini hanya menggunakan cuka dan pelembut pakaian. Bancuhannya seperti berikut;
Tip Lantai Rumah Berkilat Dan Wangi
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Awas, Pastikan Ikut Kuantiti
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Jadi, tiada alasan nak kata tak ada bahan pencuci kalau pelembut kain dan cuka pun cukup membantu buat lantai berkilat. Selamat mencuba.
Sumber: Ezy Eizyanie
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bekas Pemain Rugbi, SONNY BILL WILLIAMS Suami Paling Gembira Bila Isteri Berhijab. Ini Cara Bahagiakan Suami!

Sweetnya Sonny Bill Williams bila dia sendiri mengumumkan di akaun media sosialnya bahawa isteri tercinta, Alana Raffie sudah menyarungkan hijab. Ternyata bekas bintang rugbi New Zealand ini begitu terharu melihat penampilan isteri berubah sedikit demi sedikit kerana Allah Taala.

Sebaik bergelar isteri, suami menjadi tempat bergantung. Di bahu suami juga memikul tanggungjawab untuk mendidik isteri menjadi ketua bidadari syurga. Suami yang baik adalah suami yang dapat membawa isterinya ke syurga.
Dalam posting tersebut, Williams dikatakan sangat berbangga kerana perubahan itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.



“Isteri saya adalah seorang hijabi! Alhamdulillah, isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ia adalah salah satu momen yang sangat membanggakan. Apa yang lebih istimewa adalah dia melakukannya kerana Allah SWT, bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga Allah sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, keberkatan dan kebahagiaan,” tulis Williams.


Sonny Bill Williams dan Alana telah mendirikan rumahtangga sejak 2013. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Iman, 8, and Aisha, 5, Zaid, 4 dan Essa, 2.
Bila suami gembira, sudah tentu ganjaran dari Allah juga berlipatkali ganda. Pesona Pengantin kongsikan tip-tip untuk menjadi isteri solehah.
- Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai suami.
2. Berlembut dengan suami dan jangan membantah suruhannya.
3. Menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan baik.
4. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
5. Simpan segala rahsianya dengan baik.
Sumber: Instagram Sonny Bill Williams
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI