Tinggal di kuarters syarikat atau kerajaan bukanlah penghalang untuk menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Kalau dah minat, mesti boleh deko walau dengan cara yang simple.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga andai ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Kredit : Nur Hayyum Idris via Kelab Kaki D.I.Y