Resepi sedap ni gerenti akan memacing selera makan anda semua terutama suami tercinta. Boleh dimakan dengan nasi putih panas pastinya membangkitkan selera. Resepi udang masak berlada dan mudah daripada Nurulfidayu Bt Awang di Facebook seperti di bawah.
Sedar tak sedar bertambah nasi 2 pinggan makan udang masak berlada ni..
Resepi simple 👍
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili padi
- Cili hidup
- Tomato
Tumis bahan di atas dan saya guna chopper jadi cantik kasar-kasar..
Masa tumis letak kunyit sikit dan sos tiram..
Tadaaa siap! Jangan lupa perasakan dengan garam..
Kredit : Nurulfidayu Bt Awang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Fitting Baju Kahwin Untuk Bersanding atau Bertandang
Buat bakal pengantin yang bakal berkahwin seminggu atau dua minggu lagi tentunya banyak persediaan diri yang sudah sempurna. Ingat jangan buat saat akhir, kelam kabut nanti. Silap langkah bakal pengantin demam pula menjelang hari kahwin akibat banyak memikir.
Sebagai panduan kepada bakal pengantin perempuan baca perkongsian oleh Dian tentang pengalaman fitting baju pengantin. Cuba tip yang Dian sediakan untuk mudahkan proses memilih baju pengantin nanti.
- Pakai jubah atau dress. Jubah atau dress sangat menyenangkan proses menyalin baju. Dian suka pakai jubah yang berzip. Senang bila nak buka, salin baju dan menjimatkan masa. Jika anda memakai seluar atau skirt dan blouse, anda melambatkan proses fitting. Bila baju pertama tak kena, anda kena pakai semula baju, dan pilih baju baru. Jika anda pakai jubah, tak sampai 1 minit, anda boleh keluar dengan selesa.
- Pakai tudung yang senang disarung. Sekiranya anda pakai tudung yang lilit dan memerlukan banyak pin, anda menyukarkan proses nak salin baju. Anda kena buang pin-pin dahulu dan bila anda habis fitting, anda kena pakai semula. Jadi, untuk menjimatkan masa dan menyenangkan diri, pakai tudung instant.
- Jangan bawa ramai pengikut untuk fitting baju. Bila terlalu ramai pengikut, banyak pendapat yang akan disuarakan bila anda ingin memilih baju sanding. Bawa orang yang boleh dipercayai macam mak anda sendiri, ayah dan bakal suami. Kadang-kadang bakal pengantin tak dapat pakai baju yang diidamkan disebabkan pendapat orang lain.
- Pakai corset. Korset penting untuk memadatkan badan anda kalau badan anda jenis berisi. Kalau badan kurus, tak perlulah. Tip ni penting hanya bila anda ingin pakai korset pada majlis anda nanti. Senang nak tengok baju muat atau tak.
- Pakai pakaian dalam yang cantik dan pakai inner. Tip ni pun memang penting sebab selalunya, bila anda fitting baju, orang kedai akan tolong anda pakaikan baju pengantin. Jadi anda akan salin baju di hadapan dia. Kalau anda tak nak malu, pakailah yang cantik mata memandang dan kalau malu,pakai inner. Kalau boleh inner yang ada tangan panjang dan berwarna putih supaya senang untuk fitting baju yang jarang.
- Bawa kasut nikah,sanding atau bertandang anda. Bila anda fitting baju, pakai sekali kasut anda supaya anda boleh lihat dan adjust labuh kain anda.
- Kuruskan badan sebelum fitting. Hihi ni sangat penting supaya anda puas hati dengan pakaian pilihan anda. Susah untuk cari pakaian pengantin plus size. Selalunya, orang yang mempunyai tubuh plus size kena buat baju baru. Jadi kos akan bertambah banyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasihat Lelaki Ini, Bila Isteri Marah & ‘Naik Hantu’ Pastikan Suami Jangan Lari!
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, pertelingkahan merupakan perkara normal yang dilalui oleh suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Bahkan saat pertelingkahan berlaku wanita biasanya akan hilang pertimbangan kerana dikuasai emosi, selain mudah tersentuh dan merajuk. Ketika inilah suami harus memainkan peranan untuk bijak memujuk isteri agar rajuknya tidak berpanjangan.
Pesanan Abu Hurairah Asifa agar suami jangan lari saat isteri naik hantu, selain suami boleh mempraktikkan cara-cara memujuk isteri ketika marah. Semoga bermanfaat!
Ketika isteri marah, jangan lari bro!
Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk! kepala tu kena pinggan alcopal, takpe. Bro jauh sikit. Mungkin dia tak selesa tapi tolong! Jangan lari. Jangan start enjin nak ke mamak atau futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!
Sebab masa ni isteri kita bukan lagi Habibah, hamidah atau qasidah. Dia marah dah!
Bro kena tengok je apa dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap je. Walapun pahit! Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Dah diam, tiba-tiba dia cakap ‘ kenapa abg diam? cakaplah! ‘ , masa tu bro cakaplah balik. Dan benda ni akan berulang-ulang sampailah ke sudah. Sabar je, takde lain dah.
Masa isteri marah, dia akan hilang 2 perkara utama. Akal dan tindakan. Dia akan melulu dan tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawak anak-anak masuk bilik dan kuncikan mereka.
Berapa lama?
InsyaAllah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua masa Manchester Leading, dia dah mula ok. Masa tu, bro pulak layan!
Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak, sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!
Datang dekat, pegang tangan dia, dan sapu airmata yang sudah kering menangis dari tadi tu. Dan tolong ya bro, pegang tangan je. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.
Cakap dengan hati, atau kalau takde ayat, cuba tengok-tengok kat dinding atau tv, kot bait-bait lagu Aiman tino ada. Cuma jangan merapu, tu je. Silap-silap kena penampau ubi sekali lagi.
InsyaAllah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya dibahu bro. Dia akan menangis lagi, kali ni kuat skit. Mungkin meraung, masa ni bro nak nangis sekali pun takpe.
Selesai tu, ajak isteri jumpa anak-anak. Minta maaf dengan mereka. Mereka tak salah. Cium mereka dan peluklah mereka.
Last sekali, ajak isteri bro mandi!
Faham?
Hati tu jangan keras sangat bro. Buatlah taman sikit. Haish!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Kahwin Dengan Anak Sulung? Korang Kena Ready Dengan Karakter-Karakter Pelik Ni
Ada yang bakal berkahwin dengan anak sulung ke? Mesti korang dah nampak sikit-sikit perangai mereka ni kan. Walaupun nampak matang, tapi sebenarnya ada karakter pelik tapi baik dari anak sulung ni. So, bersedialah untuk mengahsbiskan waktu-waktu tua bersama ya.
Matang
Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada.
Mudah memaafkan, tidak kedekut, murah hati
Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati.
Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati
Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan?
Seorang Yang Ceria
Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif.
Penyayang, mudah mesra
Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks!
Suka tersenyum walaupun tengah sedih
Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa.
Caring, susah nak lupakan orang yang dia sayang
Dah penyayang, mestilah caring. Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu. Hati-hati!
Manja tapi tak tunjuk
Jangan tak tahu, anak first pun sebenarnya manja juga tau. Tapi tak tunjuk sangat pun. Baru nampak cool kan?
Bertanggungjawab
Dah biasa galas tanggungjawab sejak kecil lagi. Anak sulung la yang mak ayah selalu harapkan untuk membantu mereka buat kerja rumah dan jaga adik-adik yang lain.
Kadang-kadang degil
Bukan anak bongsu je degil, anak pertama ni pun ada degilnya juga. Tapi kadang-kadang je la. Selebihnya mereka memang selalu beralah.
Apa-apa pun, ini hanyalah pemerhatian dan mungkin segelintir daripadanya mempunyai sikap yang berlainan.
Kredit : Apakes
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI