Review drama ini dikongsikan seorang wanita bernama Nurul Shazalina Zainudin yang sebenarnya terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil, antaranya nilai kasih sayang.
REVIEW KOREAN DRAMA “GO BACK COUPLE”
Suami isteri kena tengok
Confirm korang akan hargai pasangan masing2 dan anak anda
Terus rasa nak bermaaf maafan hehe
Saya bukan lah kaki drama korea
Tv pun tak ada channel kat rumah ni
Bukan kaki tengok movie jugak
Tapi tiba2 tertengok video pendek cerita ni
Macam best, elok pula terjumpa link full episodes dia
So anak2 tidur, layanlah. Konon nak layan sikit, tapi terus layan sampai habis
Tapi cerita dia sangat best!
Part lawak, sy gelak sungguh2
Part nangis sy nangis sungguh2, sampai teresak2, terus rasa syg gila kat suami dan anak2. Dan2 gi peluk suami sebab takut kehilangan dia haha.. Emosi sungguh
Cerita ni sesuai ditonton oleh semua pasangan suami isteri
Lagi2 yg selalu gaduh
Suami rasa isteri tak cantik, selekeh
Isteri rasa suami tak caring, tak layan elok2
Haa, tengoklah..
Cerita dia bermula dengan episod laki bini dah mula renggang. Isteri penat sangat jaga anak kecil. Nak makan pun tak sempat. Selekeh je duduk rumah (tapi taklah selekeh, sebab orang dia cantik, kita yang bersiap ni pun tak cantik macam pelakon tu haha).
Si lelaki pula sibuklah kerja. Isteri call tak angkat. Anniversary pun lupa. Selalu balik lewat malam.
Masing2 pendam je kemarahan pd psgn. Tapi 1 hari, isteri dpt gmbr laki dia pgg tgn seorg perempuan depan motel. Elok pula isteri dia tgk bil kredit kad suami dia sblm ni penuh dgn bil motel. Mmg menangis2 lah ingat laki dia curang. Dia pulak tgh low confident, rasa selekeh.
Tapi laki dia sebenarnya tak jahat. Dia dibuli oleh seorang doktor ni. Kena hina, kena tahan maki. Mcm2lah. Sebab tu dia stress. Balik kerja lambat.
Tapi dia tak bagitahu isteri dia.
Kiranya kurang komunikasi
Last2 gaduh dlm phone, minta cerai.
Lepas isi borang cerai tu, 1 hari dua 2org bangun tidur, masuk ke zaman lama mereka. Zaman di Universiti
Kelakar sgt tau part ni
Mcm mana diorang hadapi hari2 mereka semula
Excited sbb makin muda, jumpa kwn2 lama, dah tau apa jadi
Dan suami isteri ni dulu kenal kat Universiti yg sama
Diorang ni mmg sgt benci satu sama lain dah skrg. So diorang excited masuk zaman ni, cari balik crush lama mereka
Buat perangai gila2, nak buat apa yg xboleh buat
Kelakarnya, walaupun mereka kembali zaman muda, tapi pemikiran mereka ikut umur mereka yg sbnr
Mcm2 lah jadi
Diorg enjoy sgt2
Sampai dua2 laki bini ni berjaya dekati crush masing2 dulu
Tapi lama2 mereka rasa sedih
Sedih sebab apa
Sebab dalam mereka meraikan kebebasan mereka, mereka sebenarnya kehilangan anak mereka
Mana mungkin anak mereka ada kalau mereka tak kahwin
Tiap2 malam isteri ni menangis rindukan anak mereka
Suami pun sama
Bayangkan kalau korang ada anak, syg sgt2 anak tu (of course la syg kan, lebih dari diri sendiri)
Tiba2 bangun, anak tu tak ada
Memang tak akan ada sebab korang kembali zaman dulu
Sedih tak
Sedih sgt2 kalau sy bygkan diri sy dlm cerita tu
Mana akil, mana aurora.. Uwaaa (over kan imaginasi sy haha)
Start part ni, banyak sgt part sedih
Sedih yg betul2 sedih
Korang tengoklah
Mcm mana akhirnya
Dapat ke diorang kembali ke dunia asal mereka
Dapat ke jumpa anak mereka semula
Mereka bersama kembali atau dengan pasangan baru?
Recommended
Pengajaran sgt banyak untuk pasangan suami isteri. Komunikasi sangat penting. Jangan ingat laki boleh fhm fikiran isteri. Laki pun sama, jangan ingat isteri faham kenapa laki buat itu ini. Please jadi open. Barulah kurang masalah. Ni laki suka rahsia pasal kerja dia. Kenapa balik lewat, kenapa dingin. Yg perempuan pun, nak itu ini, tapi diam, pendam. Harap laki fhm sendiri. Memang masalah jadinya.
Selain th, ada juga pengajaran hargai ibu bapa masa mereka masih ada. Diorang dah mati nanti, korang akan sedih sgt. Rasa nak putar masa. Dlm cerita ni, isteri tu diberi peluang jumpa mak dia semula. So dia lyn mak dia baik sgt2. Buat mcm2 bersama2. Sehingga dia boleh terima hakikat kalau mak dia takde nanti.
Ni link cerita tu sy jumpa kat fb siapa entah
Selamat menonton
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI