Nak dekat hujung-hujung tahun ni pasti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan. Itu memang sesuatu yang baik. Pastinya perkahwinan adalah penyatuan cinta antara anda dan si dia.

Tetapi, dalam pada menyiapkan persiapan perkahwinan ini pasti ada juga yang tengah ‘stress’ memikirkan banyak perkara yang perlu dilakukan dan banyak jugalah wang yang akan dikeluarkan. Ikuti tip perkongsian dari facebook Siti Aishah Islam ini tentang bagaimana beliau menguruskan perkahwinan tanpa perlu berhabis banyak wang!

Wanita Ini Kongsi Tips Kahwin Bajet Tanpa ‘Sponsor’ !

Assalamualaikum. Sempena hari ke Sebulan + seminggu kahwin ni, kakeca nak share macam mana kakeca nikah dengan harga yang sangat jimat dan bajet nie. Kakeca taknak menyusahkan sesiapa. Tak ada sape pun nak sponser, kakeca sponser untuk diri sendiri jelah. Tulang 4 kerat kakeca yang settle semua, tapi termasuk husband kakeca, jadi tulang 8 kerat la. Hehe. Kakeca ni punye la kedekut taik hidung masin, selagi boleh jimat kakeca nak jimat. Sebab kakeca rase bajet lepas kahwin lagi banyak nak kena beli/bayar.

Okay ramai yang pm tanye bajet macam mana kakeca punye jimat, so kakeca share kat sini okay. Mana la tahu tips ni dapat membantu korang korang bakal pengantin tu kan. Boleh la sikit sikit buat panduan ye.

1. Mas kahwin

Mas kahwin kakeca ikut Negeri. So, Negeri Sembilan
Rm200 sahaja

2. Rantai tangan

Kakeca ambil yang paling murah sekali. Nipis nipis jew. Sebab nanti dah kahwin, kakeca percaya mesti rezeki melimpah limpah kan. Masa tu, nak beli rantai besar rantai basikal pun takpa. Lagipun tangan kakeca kecik jew. Gelang saiz budak pun boleh pakai
Rm625.

3. Cincin Lelaki

First, tak plan pun nak beli cincin untuk husband, tapi fikir nak kenangan punya pasal kakeca hadiahkan jugak. Gigih tau ukur cincin arwah abah. Alhamdulillah saiz jari tangan arwah abah dengan husband kakeca sama. Kakeca beli silver jew. Cantik kan kakeca pilih!

Rm170

4. Pelamin

Habis semua bridal kakeca servey sebab nak cari yang paling murah dan cantik. Sapa yang taknak pelamin cantik kan? Mestilah nak, barulah sedap mata memandang. Alhamdulillah kakeca jumpa mengikut cita rasa kakeca. Simple dan cantik sangat. Berbaloi dengan harga pulak tu. Siap dia bagi meja akad nikah + lapik untuk duduk lagi tau. Nak pelamin simple sebab fikir atas pelamin nak ambil gambar jew, bukan nak duduk 24jam siap tido atas pelamin tu kan.

RM450

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Tips Kahwin Bajet Tanpa ‘Sponsor’ !

5. Makeup

Haaaa. Ini part paling mencabar sekali. Kalau nak tahu, kakeca makeup sendiri tau. Seriously kakeca memang tak pandai makeup tapi kakeca lembutkan jugak tangan ni nak makeup sendiri. Gigih sangat terlampau focus sampai semua orang tak boleh kacau kakeca mase tu. Ramai sangat yang puji cantik, terharu jugak bila orang puji. So boleh la kakeca nak mantapkan lagi teknik makeup ni. Mana tahu boleh jadi Mua macam Bellaz ke Majlis kakeca malam, so kakeca taknak habis kan beratus ratus untuk 4jam tu. Nanti nak tido kena cuci muka jugak kan.

6. Baju

Kakeca beli waktu promo memang lagi jimat dan berbaloi lah kan. Kakeca pilih yang paling simple dan sopan. Memang simple sangat rasa macam kakeca yang pergi kenduri orang pula. Tapi disebabkan pengantin yang pakai, nampak lawa lah. Motif beli yang simple simple jew sebab baju tu boleh guna lagi untuk raya atau kenduri. So dah jimat sangat dah kakeca rasa.

Baju perempuan Rm170
Shawl Rm10
Veil Rm70

Baju Lelaki pulak kakeca beli dekat Jakel. Baju Aeron Aziz sabab nak nampak husband kakeca hensem macam Aeron Aziz gittew. Beli kat Jakel dah jimat dah sebab dia bagi free samping.

Baju lelaki Rm170

7. Catering

Catering kakeca guna khidmat mak ex classmate kakeca jew. Masa kakeca tunang pun guna khidmat catering ni jugak. Memang sangat sangat sedap. Meleleh air liur kalau ingat balik tau masakan tu. Sampai orang Pantai Timur pun cakap sedap, inikan pulak orang Negeri Sembilan. Sedap tu mybe sebab ikhlas memasak tu.

IKLAN

Alhamdulillah semua dapat makan. Terima kasih Cik ina. Sangat sangat recomanded
Yang niat nak jemputan ribu riban tu untuk ape? Bukan jemputan tak ramai majlis tak berjalan pun.
Catering Rm10/pax
Rm10x120pax = Rm1200
Khemah = Rm200
Meja + Kerusi tambah = Rm60

Total Rm 1460

Wanita Ini Kongsi Tips Kahwin Bajet Tanpa ‘Sponsor’ !

8.Kad kahwin

Kad kahwin kakeca buat sendiri guna fon jew. Download app Canva lepas tu pilih design kat situ. Banyak sangat design sampai kakeca pening nak pilih yang mana. Kakeca buat simple jew sebab nanti diorang buang jugak kan bukan nak buat freme pun. Taknak syok sendiri. Kad kahwin ni kakeca buat syarat jew untuk adik beradik nak apply cuti. Kakeca buat 60 keping jew. Yang lain jemput kawan kawan melalui wasep, fb, ig. Hehe

Rm21

9. Hantaran

Gubahan hantaran memang kakeca gubah sendiri. Kami guna yang abang punya dulang hantaran dulu. Abang kakeca dah ada anak 2 orang dah tapi still boleh guna dan nampak cantik lagi. Kakeca buat yang simple simple jew tak payah nak sewa sewa bagai. Barang hantaran kakeca pun simple jugak. Majoriti beli masa tengah ada sale New Year dengan Chinese New Year. Kalau korang nak jimat lagi, korang beli sikit sikit. Sebulan beli 1 barang pun okay. Beli bila tengah ada promo kaw kaw, selalunya musim perayaan la. Kakeca beli barang yang berguna dan boleh pakai untuk diri sendiri. Taknak beli yang jarang guna nanti tak pakai membazir pula. Kami punya barang :
– Sireh junjung
– Telekung Rm75
kakeca beli kat kawan kakeca, cantik dan sedap sangat pakai. Tak panas pun tau. Lagi pun kakeca suka support bisnes kawan.
– Beg Rm80
Kakeca beli Aeon masa tengah promosi Chinese New Year
– Tuala Rm50
Beli kat kedai barangan pengantin
Rm25/pcs.
– Wallet + Belt Rm70
Kakeca beli kat Aeon. Polo masa tu tengah promosi Chinese New Year jugak. Promosi 70% so boleh dapat Rm70
– Jam
Husband kakeca dah beli lama dah tapi tak pakai.
– Kasut Rm25
Beli kat Billion. Masa tu promosi jugak. Cantik pun cantik. Best pakai, ringan jew👟
– Tshirt + Jeans Rm100
Beli kat Brands Outlet jew. 2 Tshirt + Jeans
– Buah Rm30
Kami beli buah yang sama jew.
– Kek Rm150
Beli kedai kek biase tapi kek sedap chocolate moise Rm75/pcs

Total Rm580

Wanita Ini Kongsi Tips Kahwin Bajet Tanpa ‘Sponsor’ !

IKLAN

10. Photographer

First kakeca plan taknak ada fotographer sebab nak guna fon jew. Tapi sebab kakeca nak ada kenangan abadi, kakeca servey jugak fotographer yang cantik dan murah. Kakeca guna khidmat Abg kay okay. Alhamdulillah Abg kay bagi servis tip top punya. Tambah pulak Abg kay ni peramah ya amat macam dah kenal lama pulak. Padahal deal on wasep jew. Kami yang kayu berposing pun dia ajarkan macam mana nak posing. Sangat sangat recommended
Abang kay bagi album + cd sekali.

Rm550

11. Doorgift

Kakeca beli kain kecik. Beli dekat ThankQ Malay Wedding. Kakeca beli murah jew sebab masa tu ade promosi New Year. Lepastu kakeca beli chocolate chip Rm1/pcs jew dekat Moon’s home made chocolate. Kakeca letak lagi Air kotak + Jajan. Semua kakeca beli makanan. Kalau bosan boleh makan, makan dalam kereta, makan depan tv. Tak lah membazir. Kakeca taknak beli cawan yang kecik2 tu sebab kadang2 diorang buang. Tapi terpulang kat individu. Sebab pendapat kita kan lain lain.

Rm350

12. Inai

Kakeca beli inai celup. Kakeca pakai kat jari jew so jimat la sebab majlis bertandang pun kakeca pakai lagi dan guna inai celup yang sama. Banyak lebih tau, 1 family boleh pakai sebenarnya. Warna pun cantik, tak bercapuk pun.

Rm10

Alhamdulillah. Kami selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz pada hari Jumaat. Terima kasih semua family Negeri Sembilan + Terengganu sebab banyak membantu sepanjang majlis. Kawan kawan yang datang dari jauh, yang sanggup ambil cuti yang penat datang lepas kerja.

Majlis kami dalam anggaran Rm4838. Tak sampai Rm5000 pun. So duit balance tu kami beli barang barang lepas berumahtangga gittew. Kami beli Peti Ais, Mesin basuh, Tv, Astro, macam macam barang dapur lagi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.

Sebenarnya, 3 bulan sebelum nikah, tiba tiba kami decide nak nikah yang paling simple jew. Alhamdulillah semuanya sempat siap sebelum hari bahagia kakeca. Lagi pun sebelum abah pergi, abah selalu pesan kalau kahwin nanti buat yang paling simple. Perkahwinan yang paling mudah itu, yang paling diberkati kan☺️ Peduli apa makcik bawang nak cakap, sebab yang nak bina rumah tangga kita, bukan makcik bawang. Yang keluar duit buat kenduri kita jugak. Panjang lagi nak tulis tapi nanti korang muak pulak nak baca. Annoying kan.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI