Suka pilih konsep minimalis apabila hasilnya lebih kemas dan luas, jadi golongan isteri yang tak cukup masa nak mengemas rumah, boleh cuba idea ini.
Seperti idea yang dikongsikan Puan Susun Atur Sioca ini, ruang rumahnya nampak bersih dan luas.
Rujuk gambar kediamannya memang kosong sebab prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli, let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis, Senang Kemas Rumah Dan Nampak Luas
Rumah saya ada empat bilik dan satu air well. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Ads
Baju Cuma Gantung, Senang Nak Ambil Dan Simpan
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala kena lipat tapi easy peasy sahaja.
Ads
Jangan Campur, Baru Nampak Kemas
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Ads
Tiada Deko Di Dinding
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Tiada Karpet Tapi Ada PVC Mat
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok dan lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar.
Jadi kalau anda rasa rumah dah penuh dengan barang, cuba pilih konsep minimalis. Barulah nampak ruang lebih luas dan kemas.
Punca orang perempuan pertahankan hubungan walau ada banyak ujian, bagi golongan ini, sekali kahwin, cukuplah! Tak perlu banyak kali walau disakiti.
Ya, itu lah sebab nampak seolah-olah orang perempuan kuat dan sabar berdepan dengan ujain. Nak tahu lagi jauh soal ini, jempute baca perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkenaan sikap seorang wanita apabila bergelar isteri.
Punca Orang Perempuan Pertahankan Hubungan
Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:
1. Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je. Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.
Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.
Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.
2. Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.
Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.
3. Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.
Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.
4. Sungguhpun jika suatu saat nanti berumahtangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.
Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah. Susah kalau nak lebih dari itu.
5. Bila isteri ni dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macamana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.
Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina.
Para suami di luar sana, kita kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri. Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumahtangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.
Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumahtangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.
Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam semalam sebuah video berdurasi beberapa saat ditayangkan di akaun Instagram Caprice. Video yang menunjukkan isteri Dato Dr Nazri Khan (DDNK), Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie melepaskan perasaan yang terbuku di hatinya.
“You tahu tak Caprice, diorang cakap I perampas. I tak boleh terima itu semua. Kenapa nak persoalkan itu semua? Itu kan jodoh. Dah jodoh,” kata Ernie sambil menghempaskan bantal.
Susulan video itu (sudah dipadamkan), DDNK pula membuat video kenyataan menerusi akaun Instagram Caprice juga memohon agar isterinya diberikan ruang.
“Ässalamualaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya. Saya tahu majlis perkahwinan saya telah menyebabkan satu kekecohan berlaku di alam maya, alam siber. Saya ucap terima kasih.
Cuma saya mohon netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya supaya dia tidak dikecam. Dia masih lagi berumur 25 tahun. Seorang student. Mudah-mudahan dia boleh survive dengan apa yang berlaku.
Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami InsyaAllah lebih bahagia dan tenang serta terselamat daripada tribulasi. Terima kasih,“katanya.
Siapa yang tidak kenal dengan pasangan suami isteri Ozlynn Waty dan Johan. Seringkali berkongsi kisah kehidupan mereka bersama enam orang anak, pasangan ini turut menjadi panduan untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik.
Dalam satu perkongsian dari Ozlynn baru-baru ini, Ozlynn menyenaraikan banyak kebaikan berkahwin muda. Apabila melihat foto bersama anak bujangnya, ramai yang mengatakan mereka seperti adik-beradik.
“Bila anak bujang ajak dating… Tak berjanji pun nak pakai style sama or color sama. Tau-tau je bila jumpa kat bawah, aikkk? Samalah. So let’s OOTD. Orang selalu tanya, betul ke tu anak bujang U? Habis tu??? Tu la untung kahwin muda. Kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kawin. Kalau tak, mau sekarang ni aku hohaaaa tah ke mane.
Orang selalu tanya, best ke kahwin muda? Aku akan jawab, hilang la zaman muda nk berhuhaa dengan rakan sebaya. TAPI! Haaa ada tapi dia..
Kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, InsyaAllah segalanya mudah..
“Maksud aku, bukan mudah bererti tak ada ujian. Tidak… Pasti akan ada pasang surutnya. Yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia. Paling hebat bila KESABARANnya diuji. Sampai sekarang diuji. Dan perangai aku masih macam dulu. Kadang-kadang sama naik dengan anak.”
“Yang nampak berubah, pandai manage time, pandai cari duit, pandai masak. Yang lain-lain INSYAALLAH, bakal menyusul. Ok bukan tu saja. Yang paling best, bila kita belum masuk angka 4, anak pun dah remaja. So bila berjalan dengan anak, kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik. Tapi ada gak yang tak best. Bila ko rasa dah cukup, sebab anak-anak dah besar, ko pun dah boleh cuti-cuti dan ber’me-time’. Encik suami pula order nak baby lagi. Eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! Dh kena main kejar-kejar balik. Tup-tup 6 orang dah.”
“Lepas ni kalau dia order lagi, memang aku luku pale laki aku. Ni bahagian yang best je aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur, anak tak sihat semua tak payah ceritalah. Sebab aku bersyukur sangat-sangat apa yang ada sekarang ni. Kehidupan yang biasa-biasa.”
Namun, dalam perkongsian itu, Ozlynn turut menitipkan doa yang begitu indah buat followers Jozlynnhanania.
Apapun aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik-baik, yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri. Yang mana memelihara anak angkat, semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian.. #familyhanania sentiasa ada doa utk kalian❤️
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!