Pelbagai alasan diberikan oleh seorang lelaki apabila pasangannya mendapat tahu tentang kecurangan atau perselingkuhan yang dilakukannya. Lelaki dan curang memang sukar dipisahkan. Namun tidak semua lelaki bersikap begitu ya!
Sebelum hubungan anda kecundang dan putus di tengah jalan gara-gara lelaki curang, ayuh cepat selamatkan. Jom lihat sebab-sebab mengapa lelaki suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.
Kecurangan yang lelaki lakukan mungkin disebabkan dia pernah ditipu dalam hubungan sebelum ini dan cuba mencari keseronokan dengan menipu gadis lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu. Apabila ada wanita yang ‘kantoi’ disebabkan main kayu tiga dengan lelaki lain, maka secara semula jadi lelaki tersebut akan berdendam lantas membalasnya. Bunyinya agak janggal dan ekstrem tapi itulah hakikatnya!
Saat pasangan tiada di sini lelaki akan mula menunjukkan taringnya apatah lagi dia merasakan pasangannya tidak akan tahu apa yang sedang dilakukannya di belakang pasangannya itu. Ini akan membuka peluang untuk lelaki berfoya-foya dengan wanita lain. Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingatkan, ketika lelaki leka mencuri peluang, di pihak wanita pula sibuk memasang ‘mata-mata’.
Setia dengan perhubungan jangka masa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan marketability dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata wanita di luar sana? Jadi mereka akan cenderung untuk flirt dengan mana-mana wanita atau bermain SMS romantis. Gejala ini mungkin hanya sementara atau sekadar cuba-cuba tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.
Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Lelaki yang curang mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Barangkali juga mereka belum mempunyai sebab yang kukuh untuk putus atau masih perlukan love-with-benefit daripada anda (wang, pengaruh atau pelajaran). Ya! Lelaki kadangkala seteruk itu…
Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan belenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya kecurangan. Apa pun masalah atau badai yang menimpa sesuatu hubungan itu, anda hendaklah menanganinya dengan waras akal dan berhemah
Lelaki sebagai pemimpin haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah!