Sesekali ada lelaki mengusik nak bergurau dengan wanita, tetapi ini boleh jadi permulaan ke arah situasi yang tak sihat.Jadi, elakkan awal-awal.
Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang sudah ada pasangan dan bergelar suami orang. Jangan dikacau kebahagiaan orang lain. Dalam hal ini, tidak boleh salahkan pada wanita atau lelaki saja.
Kalau keduanya dah terjerumus dalam cinta terlarang, inilah padahnya. Dari sifat lembut dan mengada inilah mengundang kepada kesedihan buat pasangannya.
Dalam perkongsian oleh Marlia Ramli ini menasihati buat wanita yang single, janganlah dikacau pasangan orang. Jadi wanita sombong terutamanya bila ada lelaki ‘gatal’ dan tak perlulah melayan semua itu.
Akak ada ramai kawan lelaki. Wanita bekerjaya bila jawatan tinggi dalam MNC, lingkungan kawan kebanyakan lelaki.
Malah bila leader dalam business memang kebanyakan kawan adalah lelaki. Ini tak dapat lari.
Pernah ada kawan lelaki gurau “ku tunggu jandamu.”
Akak direct sound “Kau kalau nak berkawan dengan aku elak miang keladi. Aku sesah dengan penumbuk, seminggu makan nasi bubur” Terus senyap member tu!
Lepas tu mudah. Nak berurusan kerja senang. Mereka tak berani melebih lagi.
Jadi wanita, bila jantan mula miang hang jangan gelak mengekek sama. Itu mengundang namanya.
Lelaki kaya? Modalnya duit. Sebab itu wanita kena kaya. Supaya kita tak laparkan duit jantan keladi.
Lelaki miskin? Modalnya mulut manis. Cerita bab burukkan isteri dia nombor wahid. Seolah-olah dialah suami terpaling malang di dunia.
Lelaki berwajah suci? Modalnya hadis dan ayat al-Quran. Dialah terpaling ikut sunnah. Dialah terpaling beragama.
Persamaan semua mereka ini?
Depan bini pijak semut serupa pondan. Cakap dengan kita tak berani pandang mata. Belakang bini miang kemain lagi.
Kalau suami orang cerita masalah, muka kita mesti serius dan ketat. Jangan mudah kesian.
Bila suami ni buat kelakar miang? Jangan berbalas miang mengekek gelak. Dengar gitu-gitu sahaja.
Kalau dia selalu Whatsapp perkara tak de kaitan kerja? Buat Whatsapp group add dia dan bini dia sekali. Apa-apa hal communicate dalam tu.
Elak melayan. Tak payah simpati bagai. Elak mudah terpesona dengan ayat Quran dan muka suci. Penunggang agama bersepah weiii!
Bila berbual elak panggil suami orang Abang, Awak atau panggilan manja bagai.
Panggil Tuan, Encik atau panggilan formal lain.
Aishh! Tak kan benda simple gini nak kena ajar juga? Jadi wanita, jangan lembut sangat. Jangan mengada sangat.
Be yourself yang tegas. Firm dengan prinsip hidup. Cakap straight to the point.
Tak payah meleret menceceh-ceceh. Mengeluh, mengadu seolah kau lemah sangat!
Kalau dengan kita jantan tu menggatal, apa kau ingat dengan perempuan lain dia akan menundukkan pandangan?
Biar janda. Biar orang panggil anak dara tua. Biar single. Biar orang cakap kerek dan sombong.
Jangan kacau masjid, tokong dan kuil sesiapa. Wanita mahal bukan sebab dia cantik. Tapi sebab dia bijak dan berpinsip!
Jadi kalau ada situasi lelaki mengusik tu, jangan melayan. Buat tak layan atau boleh bertindak tegas bagi amaran. Biar dia reti hormat orang. Begitulah.
Sumber: Marlia Ramli