Lelaki, amat sukar untuk menangis berbanding perempuan. Itu memang fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.
Apabila seorang lelaki tidak menangis, bukanlah beerti dia tidak simpati dan tidak punya perasaan, tapi sebenarnya dia sedang menahan. Menahan air matanya daripada gugur bercucuran. Walau sekuat mana hati dan jiwa seorang lelaki, pada suatu saat dan ketika, air matanya akan mengalir jua.
Kehilangan orang yang dicintai
Insan yang dicintai bukan hanya bermaksud kekasih semata-mata, malah ibu bapa, adik beradik dan sahabat handai. Ianya mungkin boleh dikaitkan dengan kematian orang yang mereka cintai.
Berjaya membanggakan ibu bapa mereka
Dalam menggenggam sesuatu kejayaan, ternyata mereka berjaya dalam membahagiakan ibu bapa mereka dengan kejayaan yang mereka peroleh. Akhirnya, mengalir air mata berharga mereka apabila menyaksikan kedua orang tua mereka tersenyum.
Sedih melihat orang yang rapat sengsara
Ianya dapat dikaitkan apabila adik beradik mereka sendiri sedang ditimpa musibah atau dugaan. Sama ada dari segi masalah kewangan, kesakitan, atau sebaliknya. Mereka mudah menjadi lemah lantas mengalirlah air mata mereka.
Telah mengecewakan seseorang
Lelaki boleh mengalirkan air mata sekiranya mereka telah mengecewakan seseorang, walaupun lelaki sudah dikenali dengan hati yang macho, namun apabila mereka mengecewakan seseorang, mereka juga mempunyai perasaan seperti insan lain, tetap berasa bersalah dengan apa yang terjadi, lalu gugurlah air mata mereka.
Selesai melafazkan akad nikah
Bagi setiap lelaki, saat untuk melafazkan akad nikah adalah perkara yang paling mereka takuti. Masa itu lah semua benda nak rasa, takut, sedih, risau, berdebar-debar. Namun setelah selesai melafazkan, sudah pasti mereka akan rasa cukup tersentuh lalu mengalir air mata hero mereka. Perkara yang selama ini ditakuti akhirnya sudah selesai.