
Setelah kita mengetahui tentang tujuan menikah maka Islam juga mengajarkan kepada umatnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup karena hidup berumah tangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun saja, akan tetapi diniatkan untuk selama-lamanya sampai akhir hayat kita. Lelaki ini kongsi kenapa perempuan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup berbanding lelaki.
Wanita kena betul-betul pilih pasangan
Ini isu hidup dan mati
Kredit : twitter Werdan12
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuba 7 Idea Button Badge Ini, Senang Tetamu Kenal Anda!

Button badge kini digunakan untuk pelbagai majlis dan program. Untuk majlis seperti majlis perkahwinan, button badge biasanya dipakai oleh ahli keluarga pengantin pada hari majlis untuk memudahkan tetamu yang hadir mengenali siapa keluarga pengantin.
Selain itu, pembantu majlis atau orang rewang juga ada memakainya. Tidak lupa juga untuk photographer, videographer, mak andam dan Dj yang memeriahkan lagi majlis itu.
Namun, itu terpulang kepada keluarga masing-masing untuk membuatnya atau tidak. Jika keluarga anda bercadang untuk memakainya jom lihat antara corak yang menarik.


Dengan adanya button badge yang dipakai ia sekali gus menyenangkan tetamu untuk memberi hadiah dan bersalaman bersama keluarga mereka.


Kalau anda kreatif, anda mungkin boleh design sendiri corak mengikut citarasa anda. Lebih puas hati dan jimat kerana hanya upah untuk mencetak sahaja.



Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasihat Kaka Azraff, “Pilihlah Lelaki Yang Boleh Tanggung Keluarga…”

Isi Kandungan
TogglePenyanyi, pelakon dan pengacara wanita, Kaka Azraff memberikan nasihat berkait dengan rumah tangga supaya memilih lelaki bertanggungjawab sebagai calon suami.
Nasihat Kaka Azraff
Dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial, Kaka, atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, menekankan bahawa lelaki yang memahami tanggungjawab adalah pilihan terbaik bagi seseorang wanita yang ingin mendirikan rumah tangga.
Kaka menyatakan, “Kahwinilah lelaki yang boleh menanggung keluarga. Namun, tidak semestinya dia kaya. Itu bermakna dia tahu tanggung jawabnya.”
Tak Kaya Tak Apa Asalkan Bertanggung Jawab
Pandangan ini sangat relevan, terutama dalam konteks masyarakat hari ini yang sering kali mengaitkan kebahagiaan dengan kekayaan material.
Menurut Kaka, lelaki yang bertanggung jawab akan berusaha memenuhi keperluan pasangannya dan keluarga, tanpa mengira latar belakang kewangan.
Kaka juga menegaskan bahawa lelaki bertanggung jawab lebih baik daripada lelaki yang kaya tetapi tidak menghargai pasangan mereka.
Teguran Bermakna Buat Yang Mahu Cari Teman Hidup
Kenyataan ini datang pada waktu yang penting, memandangkan Kaka sendiri baru sahaja melalui proses perceraian dengan suaminya, Adam Azriff, 30, yang dipercayai dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Mereka berkahwin pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang anak, Aslan, 5, Aryan, 3, dan Atta Adam yang berusia 15 bulan.
Walaupun Kaka belum bersedia untuk memberikan kenyataan lanjut mengenai perceraian tersebut, pandangannya tentang memilih pasangan yang bertanggung jawab memberikan nasihat yang berharga bagi mereka yang sedang mencari cinta sejati.
Ini menunjukkan bahawa pengalaman peribadinya telah membentuk pemikirannya tentang hubungan dan komitmen.
Sumber gambar: Kaka Azraff
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Lagi Perut Buncit Masa Nak Kahwin Nanti


- Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
- Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
- Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
- Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
- Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal!

- Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
- Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda!
- kredit: Kevin Zahri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI