Zaman sekarang ramai wanita nak hidup senang dengan memilih jalan menyodol suami orang tanpa rasa bersalah.
Wanita Nak Hidup Senang
Trend ini cukup membimbangkan dan pelakon wanita, Datin Elvina Mohamad menyifatkan wanita yang sanggup kacau kebahagiaan rumah tangga orang demi kepentingan peribadi sebagai individu berfikiran singkat.
Ujar Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 29, memang wujud segelintir wanita yang berfikiran pendek dan sanggup mengorbankan prinsip demi meraih kehidupan mewah dengan cara yang salah.
“Sebenarnya ada wanita yang fikir singkat. Nak hidup senang, nak mewah, cuma perlu ‘sondol’ suami orang.
“Tetapi, bila mereka melangkah ke alam perkahwinan, semua itu tak seindah yang disangka.
“Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui,” katanye menerusi video dalam TikTok.
Ads
Bina Kerjaya Sendiri, Lebih Selamat dan Bahagia
Elvina, yang telah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun bersama suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan, berkongsi pengalaman hidup berumah tangga yang menuntut komitmen dan pengorbanan, jauh dari bayangan kehidupan mewah yang mudah.
Belajar berdikari, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga turut menitipkan nasihat buat kaum wanita agar memiliki kerjaya sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada suami untuk kelangsungan hidup.
“Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan usaha sendiri. Walaupun pasangan kita kaya-raya, tak boleh bergantung sepenuhnya pada mereka.
Ads
“Sebab pada akhirnya kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan.
“Saya nasihatkan pada perempuan di luar sana, mereka perlu ada karier sendiri,” tegasnya.
Pernah Terima Mesej Pelik
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendedahkan pernah menerima mesej-mesej pelik dalam media sosial sejak dahulu, termasuk daripada individu yang tidak menghormati status perkahwinannya.
“Walaupun saya dan suami kerap berkongsi mengenai kehidupan kami dalam media sosial, masih ada yang berani DM (direct message) dengan niat untuk mengganggu.
“Mereka tahu saya dah berkahwin, tapi sengaja buat-buat tak tahu. Sampai saya terpaksa sekat mereka kerana mesej-mesej itu mengganggu,” jelasnya.
Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 lalu.
Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.
Pilihan rona pada baju pengantin memainkan peranan penting bagi menonjolkan penampilan mempelai di majlis meraikan cinta. Rona yang sempurna mampu membuatkan aura jelita si ratu sehari tampak lebih menyerlah. Lihat seleksi palet rona yang boleh dijadikan inspirasi buat majlis bahagia anda.
PEACH ECHO
Peach echo merupakan rona oren dengan suntikan merah muda yang memberi kesan lebih harmoni dan hangat. Rona yang masih dalam kelompok rona oren ini masih menampilkan nuansa yang ceria.
GREEN FLASH
Rona ini memiliki sifat yang unik dan cukup menyerlah. Ia lebih memberi kesan neutral dengan rona alam yang nyata, malah mampu membuatkan si pemakai rasa lebih menyerlah dengan kuasa rona menyengat ini.
ICED COFFEE
Warna transisi yang neutral ini memiliki kesan sederhana, lembut dan halus. Ratu sehari akan terlihat lebih eksentrik dengan suntikan rona ini. Sesuai buat bakal pengantin yang inginkan sesuatu kelainan di majlis bahagia.
LIMPET SHELL
Rona yang terkesan bersih, segar dan moden ini sesuai buat mempelai yang menggemari rona pastel. Sesuai digayakan di majlis pernikahan mahupun resepsi, rona lembut ini bakal menyerlahkan penampilan anda.
SNORKEL BLUE
Tampak anggun dan memukau! Rona ini memberikan kesan yang tenang dan relaks. Rona seakan-akan navy blue ini tampak lebih bertenaga, malah mampu menghasilkan ilusi yang lebih langsing buat si pemakai.
ROSE QUARTZ
Ternyata rona rose quartz ini mencipta kesan yang lebih romantis, elegan dan eksklusif. Rona pastelnya mampu membiaskan aura jelita yang tiada tara selain menghasilkan gaya ratu sehari yang anggun dan feminin.
LILAC GREY
Rona ini termasuk dalam rona yang klasik seolah-olah tradisional, namun masih memiliki rasa edgy di dalamnya kerana gabungan antara warna terang, lilac dan warna kelabu. Eksklusiviti rona ini mampu membangkitkan mood mewah dan lebih classy buat si pemakai.
Tip Memilih Rona Busana Mengikut Tubuh
Pastinya setiap gadis yang bergelar ratu sehari ingin tampak anggun, menawan dan langsing di hari paling bahagia. Pemilihan rona busana bagi menyerlahkan bentuk badan seseorang itu harus dititikberatkan agar anda kelihatan jelita.
TUBUH GEMPAL & TINGGI
Individu yang mempunyai badan seperti ini sesuai menggayakan busana berona gelap seperti navy blue, coklat gelap dan hijau gelap. Rona-rona ini mampu memberi ilusi lebih langsing dan tinggi. Jika ingin bergaya dengan busana bercorak, pilihlah corak dengan motif yang bersaiz kecil.
TUBUH KURUS & RENDAH
Serlahkan penampilan anda dengan penggayaan busana pengantin daripada rona yang lebih cerah dan corak atau motif yang sedikit besar. Motif garisan menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tumit tinggi.
TUBUH KURUS & TINGGI
Bagi mereka yang mempunyai tubuh kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru dan coklat. Selain itu, anda juga boleh menggayakan busana dengan corak melintang atau motif yang lebih besar bagi mengurangkan anda kelihatan terlalu kurus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kosmetik mesra wudhu” kerana banyak sangat produk sekarang yang mesra wudhu’? Kebimbangan saya adakah ia sekadar untuk menghalalkan suatu yang tidak dibolehkan oleh syarak sebab itu ia dipanggil mesra. Adakah ia halal disebabkan tidak najis dengan halal menggunakan bahan kosmetik berdasarkan hukum.
(Gambar sekadar hiasan)
Jawapan:
Terima kasih kerana bertanya. Berkenaan dengan definisi kosmetik mesra wuduk, kami mendapati istilah ini tidak ada dalam Kamus Dewan yang boleh kami rujuk. Namun begitu, kami rumuskan konsep “mesra wuduk” dalam artikel kami, Bayan Linnas Siri Ke- 88: Isu Kosmetik Mesra Wuduk, sebagai bahan kosmetik yang memiliki ciri berikut:
Produk kosmetik yang mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.
Produk kosmetik yang telap air yakni tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, seperti minyak zaitun dan warna inai.
Berdasarkan rumusan di atas, maka terkeluarlah daripada senarai yang diharuskan, bahan-bahan kosmetik yang kami dimaklumkan menggunakan konsep mesra wuduk tetapi sebenarnya bukan dan mengelirukan pengguna. Contohnya, seperti penggunaan bulu mata palsu yang dilekatkan dengan menggunakan gam yang pastinya menghalang air untuk sampai ke bulu mata dan kulit. Kami tegas menyatakan hukum penggunaannya adalah haram kerana menghalang taharah bahkan bertambah haram apabila melibatkan penyambungan bulu atau rambut yang ditegah oleh syarak. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-250 : Hukum Menyambung Bulu Mata Dengan Kaedah Eyelash Extension.
Adapun berkenaan hukum berdandan itu sendiri, maka kami bahagikan kepada beberapa tujuan dan keadaan wanita yang berdandan itu sendiri. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-265 : Hukum Menyuntik Kolagen Pada Tubuh Badan Untuk Kelihatan Cantik Di Hadapan Suami. Secara ringkas, kami tegaskan haram berdandan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah. Adapun jika berdandan untuk suami, menggunakan bahan yang suci, tidak berbahaya, dan tidak mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya harus. Ini dapat dilihat bahawa para wanita pada Rasulullah SAW memakai inai, mewarnakan rambut dan kuku, memakai celak, memerahkan pipi, dan memakai anting-anting sebagai perhiasan.
SUMBER : http://www.muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam Islam, hubungan cinta bagi mereka yang belum mempunyai ikatan yang sah perlu dititikberatkan agar tidak tersasar dari ajaran Islam. Tidak salah untuk mengenali antara satu sama lain bagi seorang wanita dan lelaki namun ia perlu dilandasi dengan batas-batas agama.
Perlu diingat, setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan menjadi orang ketiga. Acap kali kedengaran kes khalwat yang semakin berleluasa. Perlu juga diketahui bahawa khalwat itu bukan pada fizikal saja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).
Oleh itu, hubungan cinta yang dijalin perlulah berlandaskan agama dan mendapat keredaan Allah SWT. Jom kita lihat 5 cara menyulam kasih atau percintaan yang diredhai oleh Allah!
1. JAGA BATAS PERGAULAN
Jaga jangan sampai bersentuhan, tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat. Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rasulullah:
“Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu”
(Hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi).
2. BUKAN KERANA NAFSU SEMATA-MATA
Jangan saling mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu. Bukan tak boleh tengok pasangan tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan.
Seperti sabda nabi: “Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya”
(Hadis riwayat at-Tabrani dan al-Hakim).
3. TIDAK TERLALU BEBAS
Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatan zina. Surah al-Israk ayat 32 menyatakan:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
Berusaha menutup aurat dan menyembunyikan perhiasan serta dan kecantikan.
Malah, bertunang juga bukan tiket untuk menghalalkan segalanya dalam perhubungan.
4. MENJAGA AURAT
Apabila keluar dari rumah, agama menyuruh kita menutup aurat, baik lelaki mahupun wanita. Ianya adalah untuk memelihara diri dari perbuatan zina. Akibat berzina amat buruk kerana melanggar hukum Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat”.
(Surah al-Israak ayat 32)
5. SOLAT ISTIKHARAH
Mereka yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti. Selepas keputusan dibuat, teguhkan azam dan terus bertawakal sebelum menguruskan lamaran dengan memilih wakil yang baik untuk meminang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak pelik kalau ada golongan isteri yang bayar bil dalam rumah, kadang topup beli keperluan dapur. Itu normal dalam kehidupan zaman ekonomi makin mencanak naik.