Segelintir wanita menganggap memiliki tubuh yang besar boleh menurunkan tahap keyakinan diri seseorang itu.
Perasaan malu dan tidak yakin untuk berpasangan akan menyebabkan kesulitan untuk berinteraksi sekaligus menyebabkan diri merasa tidak layak bercinta dan sebagainya.
Namun, masih ramai jejaki di luar sana lebih tertarik dengan wanita bertubuh plus size dan boleh menerima diri anda seadanya.
Jom ikuti tip untuk wanita plus size agar percaya diri dalam mencari kekasih.
Cintai Diri Sendiri
Anda seharusnya belajar untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Anggap kekurangan anda merupakan satu kelebihan buat diri anda tiada guna sekiranya anda terus menyalahkan diri dan berasa rendah diri dengan bentuk tubuh anda.
Ads
Anda harus ingat, bahawasanya tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Yakinlah dengan diri anda dan percaya dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan.
Belajar Membuka Diri
Apa pun bentuk tubuh yang anda miliki, anda harus bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikurniakan dan memiliki anggota tubuh yang lengkap.
Belajar membuka diri sekiranya anda sudah bertemu dengan pasangan yang tepat. Si dia pasti menerima diri anda seadanya tanpa melihat bentuk fizikal anda.
Ads
Sentiasalah menjadi diri sendiri untuk mengekalkan hubungan yang lebih utuh. Sesungguhnya, hati yang anda miliki lebih bernilai dari bentuk tubuh semata-mata.
Berhenti Menghakimi Diri Sendiri
Jadilah seorang yang berfikiran terbuka. Jangan menghakimi diri sendiri atas dasar bentuk tubuh anda. Jangan hiraukan kata-kata orang sekeliling yang bercakap mengenai bentuk tubuh anda.
Ads
Buktikan pada mereka, wanita plus size juga memiliki kelebihan tersendiri dan mempunyai kesihatan yang baik. Tidak semestinya wanita yang langsing sihat tanpa ada masalah kesihatan. Selain itu, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh tuhan.
Tonjolkan Kelebihan Diri
Daripada anda meratapi diri sendiri yang mempunyai tubuh besar dan berasa malu untuk bergaul, lebih baik sekiranya anda belajar untuk menonjolkan kelebihan dan kemampuan yang anda miliki.
Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pandanglah dari sudut positif dan sentiasa menganggap diri anda juga berhak untuk bahagia. Bergaul dengan orang-orang yang sentiasa menyokong dan memberi “positive vibes” agar anda berasa lebih yakin dan bersemangat.
Suami moden harus ada nilai neomaskulin yang amat menjaga penampilan diri. Kalau suami segak dan bergaya, para isteri harus sedar bahawa ini memberi kesan yang amat positif bukan sahaja kepada suami itu sendiri tetapi juga kepada isteri dan juga ahli keluarga.
Penampilan yang menarik tidak hanya bergantung kepada pakaian semata-mata. Rambut yang terurus, bulu-bulu badan yang rapi sama ada misai, janggut dan bau nafas, semua ini memberi kesan yang amat positif bukan hanya kepada lelaki itu tetapi isterinya juga. Sebab itulah seorang isteri itu mesti menjaga penampilan diri suaminya.
Ini perkongsian daripada Akhtar Syamir. Moga ia bermanfaat untuk semua pasangan suami isteri demi menjadikan rumah tangga lebih bahagia dan harmoni.
Kepada para isteri. Bertanggungjawablah di atas penampilan suami. Saya lihat terlalu ramai para suami yang tidak mempedulikan penampilannya selepas beberapa tahun berkahwin.
Saya bukan bercakap mengenai berat badan kerana ada yang berat badannya berlebihan tetapi masih kemas dan mempunyai penampilan yang baik. Penampilan ini tidak mengenal saiz, warna kulit, fizikal dan duit. Ianya berkenaan dengan apa tanggapan orang bila melihat kita.
APAKAH PENAMPILAN YANG TAK BAIK ITU?
Saya bagi beberapa contoh:
1. Baju yang kusut, luntur, koyak.
2. Seluar yang lusuh, terlalu singkat atau terlalu labuh.
3. Gagal dalam kebersihan diri. Muka dan gigi yang tidak bersih, badan berbau.
4. Misai dan janggut yang tidak terurus. Simpan janggut tu tak salah, malah Sunnah, tapi boleh sahaja dikemaskan. Nak kenal orang yang kemas? Tengok misainya. Kalau bersepah sampai masuk dalam mulut, memang orang itu kurang menjaga penampilannya.
5. Rambut yang kusut masai.
6. Pakaian yang terlalu ketat atau terlalu besar.
7. Sentiasa memakai selipar walaupun ke tempat yang tidak sesuai berselipar seperti majlis dan sebagainya.
Kenapa terjadinya perkara sebegini? Ada kebarangkalian besar disebabkan lelaki tersebut sudah termasuk dalam zon rasa selamat, iaitu perasaan yang tidak perlu menjaga penampilan diri kerana sudah ada segalanya. Isteri, anak, rumah dan kenderaan serta kerjaya.
Bila dalam “comfort zone’ ini, penampilan diri menjadi tidak penting dan ada di antara para suami sebegini lebih mengutamakan keluarga berbanding dirinya. Ada juga yang sudah rasa selamat dan rasa sangat yakin yang isterinya akan sentiasa berada bersamanya walau bagaimana teruk penampilan dia sekalipun.
Jadi, disebabkan ini saya sarankan para isteri perlu mula peka dan jaga penampilan suaminya. Jangan dibiarkan kerana takut bila suami segak, dia akan cari lain. Kena buang mentaliti begitu. Suami yang baik dijaga isterinya pasti akan menghargai apa yang isterinya lakukan.
ANTARA CARA UNTUK MENJAGA PENAMPILAN SUAMI:
1. Pastikan sentiasa tengok rambut dia terurus atau tidak. Jika terlalu panjang, beri cadangan supaya dia pergi potong rambut.
2. Bulu di muka juga perlu sentiasa tengok. Misai dan janggut jangan biarkan bersepah. Boleh trim bagi cantik. Kalau dia malas nak buat, anda boleh tolong buat.
3. Ingatkan suami supaya sentiasa membasuh muka dan tegur jika mulutnya berbau atau giginya tidak bersih. Lebih baik isteri tegur dengan lembut berbanding orang lain nampak dan mengata di belakang.
4. Pastikan baju dan seluar suami sentiasa bersih dan bergosok. Jika bajunya tidak bersesuaian dengan majlis, tegur. Jika tidak bergosok, gosokkan kalau dia tak nak gosok. Kalau baju tu dah buruk, tegah dia dari terus pakai. Lelaki ni ada sikap selagi benda tu boleh pakai, dia akan pakai. Tugas isteri untuk jangan bagi suami pakai baju atau seluar yang sudah terlalu buruk.
5. Kebersihan suami juga perlu dijaga. Bukan perlu mandikan macam mandikan anak yang kecil. Cukup sekadar peka mengenai tubuh badan suami. Kalau melekit, berpeluh-peluh dan berbau, perlu tegur supaya dia dapat bersihkan diri.
6. Bab kasut vs selipar juga perlu diberi perhatian. Tak semua tempat sesuai untuk berselipar. Tak kiralah selipar mahal ke murah. Ada tempat sesuai, ada tempat lebih sesuai berkasut. Jika keluar bergaya, pakailah kasut.
7. Saiz pakaian pun perlu ambil perhatian. Kalau dah ketat sangat tu, tukarlah. Tak manis tersembul sana sini. Apa salahnya cari baju seluar yang mengikut saiz yang bersesuaian.
Menjaga penampilan suami ini lebih kurang sama sahaja dengan menjaga penampilan anak. Ianya ada kaitan dengan maruah, aib dan tanggapan orang terhadap kita dan keluarga kita umumnya.
Ada beza antara penampilan yang baik dengan penampilan yang berlebihan. Bagi saya, cukuplah sekadar ada penampilan yang kemas berbanding tidak ada langsung penjagaan.
Jangan simpan kalau perasan suami tidak menjaga penampilannya. Tegurlah dengan lembut dan baik dan bantu dia menjadi lebih kemas.
Isteri saya kata, tegurlah dalam pujian supaya kurang kebarangklian suami terasa. Kemudian, kalau dia ada usaha untuk menjaga penampilannya, pujilah selalu supaya suami rasa dihargai.
Pelakon lelaki, Hafeez Mikail telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya, Noor Azira Azman pada 24 Disember baru-baru ini. Bertempat di kediaman keluarga tunangnya di Beranang Selangor, majlis mengikat tali pertunangan antara keduanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
SETAHUN JALIN HUBUNGAN CINTA
Memetik laporan dari Mstar, Hafeez memaklumkan selepas setahun menjalinkan hubungan cinta, sudah tiba masanya dia membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius memandangkan usianya sudahpun menjangkau 30 tahun.
“Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya dan bakal isteri saya. Terima kasih kepada tuan rumah, menyambut kami sekeluarga. Terima kasih juga kepada keluarga saya dan kawan-kawan saya yang hadir pada majlis saya dan bakal saya,” tulisnya di ruangan kapsyen dilaman Instagram.
Mereka bermula sebagai kawan dan kemudian barulah bercinta. Malah akui Hafeez, tunangannya bukanlah orang dalam industri seni.
“Rasanya sudah tiba masa untuk saya berkahwin. Umur pun semakin meningkat. Keluarga juga sudah merestui jadi eloklah saya cepatkan untuk jadikan hubungan ini halal,” katanya.
Jelas Hafeez lagi, dia sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang baik agar dapat memikul tanggungjawab baru tidak lama lagi.
“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.
“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.
Bercerita tentang serba sedikit tentang tunangannya yang berusia 26 tahun, jelas pelakon yang pernah muncul dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ ini memaklumkan yang tunangannya sangat memahami serta sentiasa memberi dorongan kepadanya lebih-lebih lagi dalam urusan kerjaya.
Dalam masa sama juga pemilik nama sebenar Muhd Hafiz Muhd Zaki ini juga sempat mengingatkan bakal isterinya itu supaya bersedia dengan komen-komen negatif netizen. Hal ini kerana menjalinkan hubungan dengan seorang artis banyak cabarannya.
“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.
“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya.
Hafeez Mikail merupakan antara pelakon yang kerap membintangi drama di televisyen. Dia juga pernah menceburi bidang penerbangan selama dua tahun pada 2010 hingga 2012.
Bagusnya Dato Alha Alfa kongsi tip buat pewangi rumah sendiri, jimat poket suami isteri yang suka suasana kemas dan bersih.
Kalau sebelum ini anda terus beli pewangi yang sudah siap, kali ini apa kata cuba DIY sendiri, yang penting wangi dan tahan lama. Barulah pasangan kita selesa duduk rumah.
Tip Buat Pewangi Rumah
Bahan-bahan:
Baking soda – 2 sudu
Ajax Fabuloso – 2 penutup – Keguanaan lain juga untuk cuci dan bersihkan minyak serta kotoran.
Downy Premium Parfum – 2 bekas penutup (ikut pilihan cita rasa)
Cuka – 2 bekas penutup(ini untuk buang buih dan tak ada licin bila gunakan)
2 cawan air panas untuk larutkan bahan
Cara membuat:
Satukan semua bahan di atas.
Masukkan ke dalam bekas.
Spray pada tempat yang dikehendaki. Boleh bersihkan minyak-minyak, lantai dapur, meja, langsir atau sofa. Sangat wangi, segar dan tahan lama.
Ingat, anda boleh mengubah jumlah minyak pati atau jenis minyak pati yang digunakan untuk mencipta pewangi yang sesuai dengan citarasa anda. Selain itu, sesuaikan juga jumlah garam dan vinegar mengikut keperluan anda.