
Bahaginya hidup bila ada orang yang sudi berkongsi hidupnya dengan kita. Bangun tidur, capai handphone je ada yang bertanyakan khabar. Elok masuk waktu rehat je ada yang tanya makan apa dan di mana. Indah semuanya.
Tidak dinafikan wanita memang mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding lelaki jika ianya berkaitan dengan cinta.
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati, wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan lebih baik berbanding wanita single.
Kajian juga mendedahkan, wanita yang menjalin hubungan jangka panjang dikatakan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baru sahaja dilamun cinta.
Kajian dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.
Hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.
“Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka,” ujar penyelidik.
Sumber : Kosmo.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seorang Wanita Tidak Boleh Berpuasa Kecuali Dengan Izin Suaminya

Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Sumber:utaranews.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Badan & Luka Cepat Sembuh, Susu Ibu Berkualiti. Ini Amalan Diet Saranan Dr Hamid Arshat

Kalau nak badan pulih dengan cepat,luka cepat sembuh dan susu ibu yang berkualiti, amalan pantang yang menyekat makanan berkhasiat perlu dielakkan. Dr Hamid Arshat juga kongsikan kepentingan vitamin kepada kesihatan ibu dan anak.
Menurut Datuk Dr Hamid Arshat dari videonya, amalan ‘pantang’ perlu dibasmikan sebaliknya ibu-ibu perlu makan dari sumber-sumber yang berzat dan berkhasiat khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan selepas pembed4han/ bersalin agar luka cepat sembuh dan juga susu ibu lebih banyak dan berkhasiat.
JANGAN AMAL PANTANG YANG TIADA ASAS ILMUNYA
Jangan amalkan amalan pantang yang tidak mempunyai asas ilmunya. Beliau menggalakkan wanita selepas bersalin untuk makan makanan yang berzat, di mana 70% terdiri daripada buah-buahan segar yang mentah.
.
PASTIKAN ADA SAJIAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Banyak buah-buahan tempatan yang dimomokkan tidak boleh dimakan semasa pantang seperti;
Buah nanas
Buah betik
Air kelapa muda
Buah nangka
Semua buah-buahan ini mengandungi banyak vitamin. Vitamin A, B, C yang sangat penting untuk kesihatan. Ia amat penting khususnya kepada ibu yang dalam pemulihan selepas bersalin sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan kerana ianya sangat membantu luka cepat sembuh.
KENAPA VITAMIN C SANGAT PENTING?
Bagi ibu bersalin yang menyusukan anak perlu mengamalkan pemakanan yang baik. Vitamin sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan ketahanan badan, sebagai antioksidan, pemulihan luka dan pendinding atau penahan daripada serangan kuman.
Beliau amat menggalakkan wanita-wanita selepas bersalin atau pembedahan untuk makan banyak buah-buahan.
KISAR BUAH-BUAHAN SUPAYA MUDAH DIAMBIL & DIHADAM
Buatkan minuman dengan mengisar buah-buahan tersebut sama ada nanas, papaya atau tembika. Bila dikisar kita tidak kehilangan seratnya. Ia sangat penting untuk penghadaman dan kesihatan usus kita.
Memang sukar untuk makan dalam jumlah yang besar tetapi bila mengisarnya ia jadi pekat dan mudah dihadam.
AIR LIMAU NIPIS/ LIMAU KASTURI
Air limau nipis misalnya mengandungi banyak vitamin C dan antioksidan dan ia patut diamalkan sebagai minuman pertama diminum di waktu sarapan pagi. Kerana limau yang terlalu banyak di pasaran ialah limau nipis atau limau kasturi. Memang sudah dikaji yang limau kasturi mengandungi vitamin dan antioksidan yang tinggi untuk mencegah penyakit.
Selain dibuat minuman, buah-buahan ini perlu diambil pada setiap kali waktu makan seperti sarapan, makan tengah hari dan makan petang. Ini akan mempercepatkan proses pemulihan pada luka pembedahan dan luka kelahiran. Siapa yang tak mahu luka cepat sembuh boleh abaikan tip ni!
PEMAKANAN BAIK MEMPERCEPATKAN LUKA CEPAT SEMBUH DAN MEMULIHKAN BADAN.
Orang-orang dulu mungkin mengamalkan berpantang badan kerana zaman dahulu tiada antibiotik. Zaman sekarang sudah ada antibiotik sekiranya berlaku jangkitan kuman.
Sekiranya kita mengamalkan pemakanan yang baik, pemulihan akan berlaku dengan cepat dan penyusuan tidak tersekat. Ini adalah punca kebanyakan mengalami masalah susu tidak lancar atau berkurangan. Amalan pantang yang menyekat makanan yang berkhasiat disekat sedangkan pada waktu menyusukan ibu-ibu memerlukan banyak makanan berzat akan menjadikan susu yang dihasilkan baik.
IKAN AMAT DISARANKAN
Susu ibu di samping mengandungi zat, vitamin dan logam, ia juga mengandungi omega 3 dan DHA yang sangat penting untuk pembentukan otak bayi. Makanan yang mengandungi banyak protein seperti ikan yang berminyak seperti ikan kembung, tenggiri dan lain-lain sangat baik untuk dimakan sewaktu menyusukan anak. Ini sangat penting kerana melalui penyusuan ibu memindahkan antibodinya kepada bayi. Jadi bayi akan lebih kuat antibodi dan tahan daripada penyakit, di samping menguatkan hubungan(bonding) antara ibu dan anak.
Datuk Dr Hamid amat menyarankan kaum wanita yang mahu luka cepat sembuh untuk membasmi amalan berpantang makan sebaliknya mengamalkan ambil makanan segar, yang mentah berkhasiat dan berzat sewaktu pemulihan selepas bersalin.
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Mencari Barang Hantaran, Bakal Pengantin Perlu Tahu

Dalam kesibukan menyiapkan perkara berkaitan majlis kahwin anda, pelamin kanopi dan sebagainya, perkara yang sangat penting ialah mencari barang hantaran buat pasangan. Jangan ambil mudah dan melengahkan masa. Biar membeli awal supaya selesaikan perkara wajib ini terlebih dahulu.
Jadikan panduan ini untuk memudahkan anda kelak.
Buat senarai barang-barang penting
Ambil masa untuk duduk berbincang apa barang yang mahu dibeli. Tanya pada pasangan apa barang yang dia akan pakai, dan apa barang yang dia suka.
Elakkan membeli barang yang tidak dipakai oleh pasangan, suatu pembaziran. Banyakkan berbincang supaya dapat selesaikan perkara ini segera.
Tentukan jumlah dulang hantaran
Jumlah dulang penting untuk ditetapkan. Kebiasannya jumlah hantaran dari lelaki dan perempuan tak sama. Akan lebih 2 dulang oleh pihak perempuan.
Contoh :
5 (dari lelaki) & 7 (dari perempuan)
7 (dari lelaki) & 9 (dari perempuan)
Jumlah ni tak tetap, boleh pilih ikut pada kemampuan.
Rancang bajet dengan bijak
Selepas senaraikan apa barang yang hendak dibeli, buat market survey harga barangan tersebut. Sesuaikan pula dengan bajet yang anda mampu.
Sentiasa tahu bila waktu promosi
Membeli barang semasa tempoh promosi bantu anda jimatkan 10-20% perbelanjaan barang hantaran.
Contoh jika korang bajet RM 100 untuk 1 pasang baju & seluar, pada waktu ‘sales’ anda boleh dapat 2 pasang baju dan 1 seluar. 1 pasang baju tu boleh guna buat kerja atau majlis lain. Jimat kan?
Dekorasi gubahan
Tidak semestinya dekorasi yang mahal itu tampal hebat. Jika pandai menggubah dengan kombinasi bunga-bungaan yang menyerlah warnanya, pastikan ia nampak mahal dan cantik . Bonus buat anda yang tahu menggubahnya sendiri, lebih jimat dan tentunya memuaskan hati.
Pastikan hantaran disimpan dengan selamat
Hantaran yang sudah elok digubah, letakkan di tempat selamat dan jauh dari kanak-kanak.Jika ada kek, buah atau makanan yang mudah cair simpan di peti ais dengan teliti. Jika ada barang berkaca/mudah pecah bawa secara berasingan semasa majlis. Bagi barang-barang berharga seperti telefon bimbit, cincin, rantai dan sebagainya pastikan ia disimpan rapi sebelum dan selepas majlis. Selalunya barang hantaran mahal ramai mata memerhati.
Pastikan anda tidak membazirkan wang hanya untuk barang hantaran.
Sumber: https://www.cahayakristal.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI