Bahagianya hidup bila ada orang yang sudi berkongsi hidupnya dengan kita. Bangun tidur, capai handphone je, ada yang bertanyakan khabar. Elok masuk waktu rehat je, ada yang tanya makan apa dan di mana. Indah semuanya!

Tidak dinafikan wanita memang mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding lelaki jika ia berkaitan dengan cinta.

Kajian terbaharu yang dijalankan oleh Universiti Abertay, Dundee, Scotland mendapati wanita yang mempunyai kekasih atau sedang dilamun cinta memiliki daya ingatan yang lebih baik berbanding wanita single.

Kajian juga mendedahkan, wanita yang menjalinkan hubungan jangka panjang dikatakan memiliki memori lebih baik berbanding wanita yang baharu sahaja dilamun cinta.

Ads

Kajian dijalankan ke atas beberapa orang wanita di universiti terbabit. Mereka diberikan sekeping foto dan diminta untuk mengingati wajah pada foto tersebut.

Ads

Hal tersebut adalah kerana wanita menganggap foto wanita yang dilihat itu sebagai pesaing dalam hubungan percintaan mereka.

Ads

“Wanita lazimnya lebih mudah untuk mengingati wajah wanita lain kerana menganggap gambar yang dilihatnya boleh menjadi pengancam dalam hubungan percintaan mereka,” ujar penyelidik.

Sumber : Kosmo.com.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI