Bagi wanita, darah haid dan nifas adalah proses fisiologi yang perlu dilalui oleh wanita setiap bulan. Ia adalah fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan. Memang apabila setiap kali haid wanita akan ‘bercuti’ daripada melakukan ibadat seperti solat.
Namun, mungkin hati terasa kosong tanpa pengisian jiwa rohani dan jasmani. Buat wanita yang masih was-was untuk melakukan ibadat walaupun sedang ‘bercuti’, anda masih boleh melakukan amalan-amalan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda!
#1 Mendengar Bacaan Al-Qur’an
Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
#2 Membaca Tafsir Al-Qur’an
Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya
#3 Mengulang Hafalan
Ads
Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.
#4 Berzikir
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
#5 Membaca Al-Mathurat
Ads
Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.
#6 Berselawat
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
#7 Bertaubat
Ads
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
#8 Berdoa
Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.
#9 Membaca Buku Agama
Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.
#10 Hadir Ke Majlis Ilmu
Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sagu gula melaka merupakan antara menu yang popular sepanjang PKP berlangsung. Di mana-mana sahaja pasti kita akan nampak ahli keluarga atau rakan-rakan sedang memasak sagu gula melaka.
Tidak dapat dinafikan, sagu gula melaka memang enak dimakan. Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama keluarga. Tetapi, satu perkara yang sering terjadi bila buat sagu gula melaka ini adalah biji sagu melekat antara satu sama lain.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nur Aqilah Jufri di mana beliau telah berkongsi tip untuk memastikan biji sagu dapat dimasak sebiji-sebiji dan tidak melekat. Jom baca perkongsiannya.
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Cara-cara:
1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam.
4. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
TIPS SAGU
– Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
– Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
– Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
– Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
– Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
– Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Pasangan yang kuat cemburu pastinya merimaskan dalam perhubungan yang dijalinkan. Namun, ada satu lagi perkara yang tidak disukai dalam hubungan cinta iaitu suka mengongkong. Belum ada ikatan yang sah tapi ada hati nak mengongkong hidup pasangan.
Sikap lelaki yang suka mengongkong secara keterlaluan akan menyebabkan pasangan cepat bosan dan hubungan anda tidak kekal lama. Bagi wanita, sikap ini harus dibuang agar hubungan yang dibina lebih harmoni dan sejahtera.
Oleh itu wahai wanita, pastikan anda elak 7 ciri-ciri lelaki yang kuat mengongkong ini agar hidup anda tidak menderita.
1. INGIN TAHU SEMUA PERKARA
Apa juga yang anda lakukan perlu mendapat kebenaran dan di dalam pengetahuannya. Rahsia bukan kegemarannya. Jika dia tahu anda berbohong, dia akan merungut dan menganggap anda tidak menyayanginya. Dia akan mempersoalkan kesetiaan anda kerana dia sendiri tegar memberitahu anda kata laluan untuk akaun bank serta laman sosial seperti Twitter atau Facebook.
2. MERENDAHKAN KEBOLEHAN ANDA
Walau apapun yang anda lakukan, semuanya tidak sempurna. Dia tidak ingin anda terlalu bangga dengan pencapaian yang dilakukan. Dia lebih senang jika anda meminta pertolongannya, sekali gus menjadikan dia dominan dalam perhubungan ini. Biar tanpa bahasa yang kasar, namun ia mengurangkan keyakinan diri dan menjadikan anda beranggapan hidup tanpanya adalah mustahil.
3. CEMBURU BUTA
Tidak salah cemburu. Namun jika cemburu pada perkara yang tidak sepatutnya, ia hanya mengundang rimas dalam jiwa. Ia buat anda rasa tertekan. Cinta seharusnya merapatkan hubungan antara manusia. Namun, jika kekasih anda lebih tegar memiliki diri anda seorang diri dan menjauhkan anda daripada keluarga dan rakan tersayang, ini menunjukkan dia adalah lelaki yang suka mengongkong.
4. TIADA KEYAKINAN DIRI
Panas hatinya melihat anda keluar bergaya. Lelaki yang suka mengongkong kebiasaannya rasa rendah diri dengan diri sendiri lalu melarang anda untuk bergaya dan bersolek walau senipis mungkin kerana dia tidak mahu lelaki lain memandang atau bercakap mengenai dirinya yang tidak secocok apabila jalan beriringan dengan anda.
Jika anda ada kekasih begini, tidak semestinya anda perlu terus menolak dia dari hidup anda. Sementelah dia bukan menggunakan kekerasan terhadap anda, apa kata beri peluang untuk dia berubah. Bawa berbincang dan minta dia memahami situasi diri anda. Sayangilah manusia berpada-pada, khuatir jika terlalu berlebihan ia akan merosakkan diri sendiri dan orang yang disayangi.
5. MENYEKAT KEBEBASAN
Bukan hanya disekat kebebasan untuk anda keluar bergembira bersama rakan-rakan, malah dihalang daripada menyuarakan pendapat dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Setiap minit perlu bersama si dia dan anda tidak digalakkan untuk berjaya di atas kaki sendiri. Segala keputusan hanya dia yang perlu lakukan tanpa mengambil kira apa yang anda inginkan. Bukankah ia membebankan jiwa dan raga?
6. TIDAK BOLEH BERGEMBIRA TANPANYA
Hatinya jadi resah bila mengetahui anda sedang menikmati saat gembira bersama rakan-rakan tanpa dia di sisi. Jika boleh, dia ingin menjadi yang pertama membuat sesuatu perkara yang baharu bersama anda. Bila ditanya mengapa muka masam mencuka, dia memberi alasan bertentangan dan menyalahkan anda kerana menyebabkan harinya tidak gembira.
7. BERLAINAN PRINSIP
Dia menyekat anda daripada bertemu rakan-rakan atau bergembira bersama, namun tidak untuk dia. Jika anda langsung tidak boleh bertemu rakan-rakan lelaki, dia boleh keluar bersama rakan wanitanya untuk makan tengah hari. Dia membuat peraturan berat sebelah yang kesemuanya hanya memihak kepada dia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SEMUA CAWANGAN ZAKAT SELANGOR DIBUKA 7 HARI SEMINGGU SEPANJANG BULAN DISEMBER
Semua 27 cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu termasuk pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan Disember ini.
Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja. Pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
Waktu operasi turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember.
Inisiatif itu diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat serta melaksanakan urusan permohonan agihan zakat.
Cawangan Zakat Selangor turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit.
Lebih menarik semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go. Peluang ini hanya dibuka di bulan Disember ini sahaja.
Kalau nak tunai zakat melalui online pun boleh. Layari je laman web Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ ya.
Ambillah peluang menunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk layak rebat cukai pendapatan.
#zakat
#rukunislam
#kewajipan
#zakatselangor
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!