Bagi wanita, darah haid dan nifas adalah proses fisiologi yang perlu dilalui oleh wanita setiap bulan. Ia adalah fitrah seorang wanita dan ketentuan yang telah ditetapkan. Memang apabila setiap kali haid wanita akan ‘bercuti’ daripada melakukan ibadat seperti solat.
Namun, mungkin hati terasa kosong tanpa pengisian jiwa rohani dan jasmani. Buat wanita yang masih was-was untuk melakukan ibadat walaupun sedang ‘bercuti’, anda masih boleh melakukan amalan-amalan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda!
#1 Mendengar Bacaan Al-Qur’an
Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
#2 Membaca Tafsir Al-Qur’an
Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya
#3 Mengulang Hafalan
Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.
#4 Berzikir
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
#5 Membaca Al-Mathurat
Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.
#6 Berselawat
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
#7 Bertaubat
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
#8 Berdoa
Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.
#9 Membaca Buku Agama
Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.
#10 Hadir Ke Majlis Ilmu
Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.