pic-pinterest

Kecantikan seorang wanita dinilai bukan hanya pada zahirnya malah kecantikan wanita yang sejati ialah apa yang tersirat. Melihat peribadi wanita yang lemah lembut tutur kata dan menjaga tata susila dan perilaku merupakan kecantikan yang sejati buat wanita.

Tiada guna berwajah cantik rupawan namun peribadinya amat mendukacitakan. Wanita yang tergolong cantik dari sudut pandangan Islam ialah mereka yang memilik akhlak yang mulia. Ini bermakna wanita bukan hanya cantik di luar secara fizikal malahan cantik juga peribadinya sekali gus melengkapi pakej seorang wanita.

Pedoman hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal dan al-Darimi dalam kitabnya daripada sahabat Abu Hurairah ra.mengatakan bahawa:

Ads

“Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.”

Walaupun demikian, cantik semulajadi wajah juga tidak boleh dihindarkan begitu saja, jika boleh seimbangkan kedua-duanya itulah hadiah dari Allah terbesar untuk wanita. Berikut merupakan ciri-ciri wanita cantik menurut Islam :

Ads
  1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji. (Surah an-Nur 24:31)
  2. Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan. (HR Bukhari)
  3. Pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja. (Surah al-Qasos:25)
  4. Sentiasa bercakap dengan nada suara tidak di manja-manjakan dan tidak dilembut-lembutkan. (Surah al-Ahzab:32)
  5. Menjauhkan gaya tabarruj dan penggayaan diri yang mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya. (Surah al-ahzab:33)
  6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah. (Surah al-Ahzab:59)
  7. Sentiasa bersih dan berbau harum. (HR Bukhari)
  8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur alis dan sebagainya. (Surah an-Nisa:119, HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Thirmizi)
  9. Tidak meniru penampilan lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri. (HR Ibnu Abbas)

Dapat disimpulkan bahawa sebenarnya seluruh wanita itu tidak ada yang buruk, semuanya cantik jika boleh menjaga dirinya dengan baik dan mengikuti ciri-ciri di atas, apalagi bagi kalian yang mengaku sebagai wanita muslimah untuk bisa ditiru oleh seluruh muslimah didunia agar bisa cantik lahir dan batin.

Ads

Sumber: pelikdunia.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI