
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, anda mesti mahukan perkenalan terlebih dahulu. Sebenarnya perkenalan ini bagus dalam sesebuah hubungan kerana kita boleh tahu bagaimana dirinya.
Tidak kira wanita ataupun lelaki, kedua-duanya mesti mahukan pasangan yang terbaik untuk dijadikan peneman hidup. Tak salah sebenarnya memilih kerana kadang kala ia juga demi kebaikan anda juga.
Seperti kata Prof Dr Muhaya :
Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.”
Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ini, tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Berkat Rumah Tangga Anda Kalau Adab Dengan Ibu Bapa Pun Tiada!

Ibu bapa adalah insan yang paling berharga dalam hidup kita. Mereka yang telah membesar kita, mendidik, dan menjaga kita dari kecil lagi. Jadi, apa salahnya kalau pengorbanan ibu bapa itu digantikan dengan pengorbanan anda pula?
Dengan zaman moden sekarang segalanya hanya dihujung jari sahaja. Walaupun begitu masih ada yang tidak menanyakan khabar walapun melalui telefon. Apatah lagi selepas berkahwin. Tentu sahaja anda sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak.
Kalau yang dah berkahwin tapi masih tidak menjaga hati ibu bapa pun tak guna juga. Tidak berkat hidup anda. Jadi, elakkan daripada melakukan 7 perkara ini!
1. Bercakap kasar bila tuntut hak
Anak zaman sekarang bagus. Mereka sangat hebat dalam ‘critical & logical thinking’.
Jadi apa apa je yang tak adil, mereka akan tuntut dan perangi habis habisan benda yang tak adil di depan mata mereka. Cuma mereka kurang jaga nada suara, pemilihan bahasa dan tak mampu kawal emosinya bila nak tuntut hak padahal orang yang paling benar adalah orang yang paling hebat juga adabnya.
2. Kurang eye contact bila bercakap dengan orang dewasa
Benda ni ramai berlaku pada anak anak yang kurang ‘social skills’ mereka akibat terlalu banyak bergelumang dengan ‘rakan maya’ di dalam permainan digital dan media sosial.
Bagi mereka, hakikat persahabatan itu ada di alam maya. Jadi mereka merasa cukup untuk ‘beradab’ hanya sesama rakan maya mereka. Tanpa sedar, mak ayah sendiri pun mereka boleh anggap sebagai pengacau kalau mereka dah terlanjur ketagih dengan persahabatan maya mereka!
3. Tak pandai menyambut tetamu
Banyak saya perhatikan anak anak zaman sekarang lebih memilih permainan PS4 dan Xbox dibandingkan bersalam dengan tetamu yang datang.
Mak ayah duk kalut hidang minuman tetapi anak di ruang tamu dibiarkan bermain game tanpa disuruh menyapa dan bersalaman dengan tetamu yang datang.
Akhirnya, bukan je sensitiviti pada tetamu tu akan hilang, budaya bertamu pun akan turut pudar. Tak percaya kita tengok 20 atau 30 tahun nanti. Nauzubillah!
4. Menghormati berdasarkan kekayaan
Dulu umur dan ilmu seseorang tu menjadi kayu ukur (social class) darjat dan penghormatan. Tu la kenapa orang orang tua, bijak pandai dan alim ulama’ sangat dihormati oleh orang zaman dulu.
Zaman sekarang ni ada je yang masih hormat orang yang lebih tua dan berilmu tetapi makin ramai yang memilih untuk melihat kekayaan sebagai kayu ukur kemuliaan akibat pendedahan melampau mereka terhadap gaya hidup yang ditonjolkan ‘instafamous’ dan ‘public figure’ di sekeliling mereka.
5. Guna perkataan kesat bila tak setuju
Tak bersetuju tu fitrah dalam diri anak anak. Yela, makin anak membesar, makin berkembang ilmu dan kefahaman mereka kan.
Cuma yang jadi masalahnya bila mereka jadi sangat biadap bila nak pertahankan pendapat mereka. Saya perasan benda ni bermula daripada dengan komen komen mengecam di media sosial je tapi lama kelamaan kecam mengecam dan perkataan kesat ni dah menular dan jadi kebiasaan dalam perbualan lah pula.
6. Benarkan sentuhan tak selamat
Zaman sekarang ni sesiapa pun boleh bersosial tanpa batas. Semuanya di hujung jari je.
Nak taknak mak ayah kena ajar anak cara bersosial yang betul kalau nak anak kita semua selamat mengharungi cabaran sosial akhir zaman ni.
Kena ajar anak kita daripada kecil lagi tentang tanda akil baligh, limit pergaulan lelaki perempuan, apa private part tubuh yang tak boleh disentuh oleh orang lain contohnya bibir, dada, kemaluan dan punggung.
Paling penting ajar anak untuk SAY NO pada sentuhan yang tak selamat walaupun pada benda yang nampak remeh contoh tepuk punggung atau dada.
7. Tak pandai memberi
Egocentric anak anak zaman dulu ni kita boleh lihat pada umur 2-4 tahun tapi zaman sekarang ni sampai umur remaja pun masih tebal Egocentric-nya!
Zaman dulu anak diajar untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga, ziarah saudara mara dan lain lain benda yang boleh menurunkan tahap Egocentric anak kepada Altruistic!
Tapi anak zaman sekarang banyak menyendiri di dalam bilik bersama smartphone, smart TV dan semua jenis gajet je.
Sumber : Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dating Berdua Suami Isteri, Sesekali Kena Seimbangkan Hidup Yang Sibuk

Isi Kandungan
ToggleSesekali ajaklah isteri keluar dating berdua, ini cara seimbangkan hidup yang sibuk dan rehatkan si dia daripada tugas rumah tangga.
Bagi kebanyakan isteri, tugasan harian seperti memasak, mencuci, menjaga anak-anak, dan menguruskan rumah tangga boleh menjadi sesuatu yang memenatkan secara fizikal dan emosi.
Dating Berdua, Rehatkan Isteri
Jadi, penting bagi suami untuk menyedari bahawa isteri juga memerlukan masa untuk berehat dan merasa dihargai. Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membawa isteri keluar ‘dating’ berdua, sama seperti zaman bercinta dulu.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia itu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
JADI MEMANG NAK TAK NAK SAYA AKAN ‘PAKSA’ DIA DATING DENGAN SAYA. TAK KISAHLAH KE KEDAI MAMAK KE, KOPITIAM KE MALL KE ATAU DI TEPI SUNGAI KE YANG PENTING SAYA KENA CARI JALAN UNTUK REHATKAN ISTERI SAYA.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumah tangga.
Suami Pun Kena Rehat
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
JADI ISTERI SAYA PUN AKAN ‘PAKSA’ SAYA UNTUK DATING BERDUA DENGANNYA SEMATA MATA UNTUK REHATKAN SAYA DARIPADA MENJADI PENCARI NAFKAH SEPENUH MASA BUAT KELUARGA.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Usia Muda, Curi Hati Mak Ayah Dengan Ciri Ini. Barulah Nampak Yakin Sikit!

Banyak berita perkahwinan muda yang kita dengar baru-baru ini. terkini, seorang remaja berusia 17 tahun berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun. Pasangan yang mendapat restu kedua-dua keluarga ini tular dan mendapat liputan ramai.
Biar apa pun ceriteranya, apabila sudah bergelar suami isteri, tanggungjawab perlu dilaksanakan bersama. Ramai juga yang ingin kahwin di awal usia takut untuk sampaikan niat kepada ibu bapa. Apakata persiapkan dengan perkara ini sebelum berani confront mak ayah.
- Niat
Apabila sudah bertemu dengan pasangan yang sesuai, terus pasang niat untuk mengahwininya. Bila ada niat, senanglah nak uruskan diri dan kehidupan dari situ. Maknanya, anda ada misi untuk dicapai.
- Persediaan ekonomi
Nak kahwin bukan hanya setakat lafaz nikah sahaja. Sebagai lelaki terutamanya, anda sendiri perlu ada kestabilan ekonomi. Nak sara keluarga bukan hanya makan minum tetapi termasuklah tempat tinggal, nafkah dan keperluan harian.
Buat bakal isteri pula, anda juga perlu ada simpanan sendiri. sedikit sebanyak bolehlah meringankan beban kewangan suami apabila sudah bersatu nanti.
- Komited
Ada yang kata, lelaki takut komitmen. Tunjukkan kepada pasangan dan keluarga anda yang anda mampu memberi komitmen sepenuhnya kepada pasangan. Jadilah lelaki yang gentleman. Jangan takut tentang tanggungjawab kerana lelaki yang bersedia untuk berkahwin akan melalui setiap ujian dengan hati terbuka.
- Matang
Lelaki lambat matang dari wanita. Tetapi jika anda merasakan sifat kematangan itu ada, teruskanlah niat untuk berkahwin. Matang bukan hanya dari segi perwatakan tetapi hati dan fikiran. Jangan terlalu cepat melatah dalam apa keadaan sekalipun. Rasionallah!
- Banyakkan berdoa
Kita hanya meminta kepada Allah agar dipermudahkan niat untuk membina masjid. Perbanyakkan doa agar urusan anda untuk menambat hati keluarga dan pasangan diredhai Allah.
- Kenalkan pasangan kepada keluarga
Saat anda merasakan hati semakin ringan untuk menjadikan teman wanita sebagai isteri, bawalah dia bertemu keluarga anda. Jadikan pertemuan itu eksklusif. Bermaksud, wanita yang dibawa menemui keluarga itu adalah wanita yang bakal bersama anda melayari bahtera perkahwinan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI