Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, anda mesti mahukan perkenalan terlebih dahulu. Sebenarnya perkenalan ini bagus dalam sesebuah hubungan kerana kita boleh tahu bagaimana dirinya.
Tidak kira wanita ataupun lelaki, kedua-duanya mesti mahukan pasangan yang terbaik untuk dijadikan peneman hidup. Tak salah sebenarnya memilih kerana kadang kala ia juga demi kebaikan anda juga.
Seperti kata Prof Dr Muhaya :
Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.”
Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar dan tawakal pada Allah), bukan semata-mata sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ini, tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah-mudahan dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha Hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga?
“Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah”