Sebelum hari bahagia, elok bakal pengantin buat wap muka untuk singkirkan kotoran yang melekat di wajah. Cara ini juga dapat elakkan pori muka tersumbat dan mengurangkan jerawat tumbuh.
Biasanya kalau orang buat di Spa tetapi kalau anda tiada masa nak keluar, anda boleh buat rawatan wap di rumah.
Lepas nasi siap ditanak, buka tutup periuk dan halakan muka kat haba nasi. Tutup muka dengan tuala jika perlu. Kalau tak nak guna wap nasi panas, boleh guna cara bawah ni.
Selain cara ini, anda boleh guna air panas juga. Ikut mana yan anda rasa perlu dan mudah.
1. Mulakan dengan cuci muka hingga bersih. Boleh guna pencuci jenis krim, buih atau gel.
2. Air suam di masukkan ke dalam mangkuk.
3. Tutup kepala dengan tuala tebal.
4. Dekatkan muka ke air suam tadi sampai terasa sedikit haba panas kena wajah.
5. Agak-agak 10-15 minit tu, buat langkah seterusnya (untuk kesan terbaik)
Haaa.. selepas wap, pori muka masih terbuka. Jadi anda digalakkan buat scrub muka waktu ni. Inshaa Allah kulit muka anda akan bersih dan lembut.
Owh ya, wap muka juga cukup bagus kalau anda ada resdung. Jadi, boleh amalkan jika anda selalu bersih dan gatal di sekitar wajah.
@syafiqahsltwo Ada masalah Kulit wajah Berminyak, Jerawat Dan gatal2 akibat resdung. Jom Cuba kaedah Wap muka. semoga bermanfaat. #sltwohq #sltwoskincarekulim #SltwoSkincarehqkedah ♬ original sound – sahil
– KULIT BERMINYAK kena guna scrub timun
– KULIT KERING guna scrub aloe vera
– KULIT BIASA guna madu atau peach
Untuk jenis berminyak, boleh buat wap muka setiap hari. Kulit jenis kering, cukup lah buat seminggu sekali ye. Semoga tips ni bermanfaat buat anda yang mahu kulit cantik.
Kredit video: syafiqahsltwo