TEMPOH darah haid keluar melebihi 15 hari perlu pemeriksaan pakar dengan segera, bertujuan menjalankan pengesanan awal jika berlaku sebarang masalah berkaitan sistem reproduktif.

Selain tempoh lama, warna serta bau juga perlu diberi perhatian khusus kerana perbezaan serta perubahan ketara bagi setiap kes satunya itu memberi tanda awal jangkitan penyakit.

Individu sihat tempoh darah haid sekitar lima hingga tujuh hari yang mana awalnya berwarna merah cerah dan apabila alirannya banyak, menjadi pekat dan gelap.

Perhatikan juga warna darah haid, ada merah gelap, coklat pekat, coklat cair, merah cerah atau merah jambu. Kepelbagaian warna ini ada lazimnya menimbulkan kebimbangan kerana dilihat sebagai tanda awal individu mendapat penyakit yang memerlukan pemeriksaan segera.

Kitaran menstruasi setiap wanita berbeza-beza, ada cepat, lewat dan tempohnya pula ada sekejap, manakala sesetengahnya terlalu panjang. Bagaimanapun, darah haid bukan darah segar yang keluar dari tubuh.

“Bagi mereka yang bimbang kenapa darah haid bertukar merah terang, sebenarnya keadaan itu disebabkan bercampur dengan cecair putih yang keluar dari faraj,

Warna darah yang keluar boleh menjadi petanda kepada penyakit sedang dialami wanita. Anda tidak perlu risau jika darah keluar melebihi tempoh haid. Cuma, jika ada bau tidak menyenangkan, terlalu banyak, darah membeku, bertukar warna daripada kebiasaan dan cecair faraj bertukar kuning kehijauan atau seperti nanah keadaan ini perlukan perhatian serius.

Warna ini mungkin petanda ada penyakit lain seperti fibroid, endometriosis, sindrom ovari polisistik (PCOS), polip atau kanser rahim dan pangkal rahim.

Tekanan perasaan tidak ada kaitan dengan jenis warna darah yang keluar. Gangguan emsoi yang teruk boleh melambatkan kitaran haid seseorang. Jalani pemeriksaan bagi menentukan tiada masalah lain sehingga menyebabkan kitaran tidak tetap.

Darah haid yang normal, katanya, tidak mengeluarkan darah beku kerana ada sejenis enzim yang menghalang berlakunya darah beku ketika haid.

“Namun, mereka yang ada penyakit seperti fibroid akan mengalami pendarahan banyak, menyebabkan darah membeku dengan saiz sebesar duit syiling 50 sen.

Elak jangkitan kuman

Justeru, wanita disaran menjaga kebersihan faraj dengan mencucinya menggunakan air biasa, bukan dengan cecair pencuci wanita kerana tidak semua individu sesuai menggunakannya.

“Lebih baik cuci guna air biasa. Cuma jika mahu menggunakan pencuci wanita ia pada kadar berpatutan bertujuan membunuh bakteria ‘baik’ dipanggil lactobacillus dalam faraj wanita.

“Cara cucian perlu teliti dengan mencuci dari hadapan ke belakang faraj dan dubur bagi mengelakkan jangkitan kuman di bahagian faraj.

“Disarankan pemakaian seluar dalam daripada kain kapas bagi keselesaan dan mengelakkan jangkitan lain.

Fakta

• Haid yang normal ialah antara lima hingga tujuh hari dengan jumlah pengaliran darah yang agak seimbang. Ada mencapai 15 hari, namun jika ia melebihi tempoh itu mungkin ada ada yang tidak kena dan memerlukan pemeriksaan doktor.

• Proses tempoh haid menghasilkan ovum matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, lapisan dinding rahim yang tebal gugur sebagai darah haid.

• Kitaran haid pula membuang keluar darah, mukus dan sel yang sudah mati. Ini berlaku dalam tempoh agak tetap bermula pada awal akil baligh sehingga menopaus (putus haid) kecuali ketika mengandung dan penyusuan.

Info:

• Lazimnya bermula seawal usia sembilan tahun

• Selewat-lewatnya 15 tahun.

• Selepas 15 tahun tidak datang haid, individu perlu dapat rawatan pakar.

• Darah haid yang banyak dalam tempoh beberapa hari bergantung kepada kaum, genetik, suhu persekitaran, pemakanan dan kandungan lemak dalam badan.

• Putaran haid kebiasaannya 28 – 35 hari.

• Panjang normal bagi kedatangan haid setiap bulan antara lima hingga tujuh hari.

• Jumlah purata darah dan tisu yang hilang ketika kedatangan haid ialah 30-50 militer (ml).

• Sekiranya darah melebihi 80ml, atau jika anda merasakan jumlah aliran melebihi daripada kebiasaan, perlu berjumpa doktor.