What’s On Tap, Untuk Penggemar Kopi Dengan Cita Rasa Berbeza

Share

What’s On Tap merupakan sebuah Kafe kopi unik yang berbeza daripada pesaingnya menawarkan pengalaman lengkap bagi para peminat kopi di luar sana.

Bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis kopi, malahan pengalaman berada dalam sebuah kafe berrekaan dalaman menarik pastinya membuatkan aroma dan hirupan kopi anda menjadi lebih indah dan lazat

Dengan warna putih terang dan hiasan dalaman yang minimal, kedai tersebut direka untuk pelanggan yang gemar mengamati proses penyediaan secawan kopi atau mereka yang menjalani gaya hidup pantas, yang mahu menikmati kopi harian mereka dengan cepat dan konsisten.

Tersedia pada bahagian kaunter adalah beberapa mesin espresso Modbar yang berwarna putih berkilat, yang bertindak sebagai tarikan utama para pengunjung. Dengan memastikan kestabilan prestasi dan suhu, susun atur tersebut turut menyingkirkan jurang antara pelanggan dan barista dengan memberi peluang kepada mereka untuk melihat secara terus apa yang berlaku di sebalik kaunter.

What’s On Tap diketengahkan dalam konsep kafe kopi moden dengan rekaan minimal dan mesin penyediaan yang berciri futuristik. Menerusinya, Eric dengan semangatnya yang berkobar-kobar komited untuk menjadi perintis kepada sebuah gaya kafe kopi serba baharu yang mengetengahkan bukan sahaja minuman kopi, malahan pengalamannya yang menyeluruh.

Apa yang pasti, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam What’s On Tap, pastinya lima deria pelanggan akan mampu merasai setiap perasaan ini – bau kopi dipanggang, melihat mesin dan seni hiasan dalaman, mendengar bunyi setiap aktiviti dalam sebuah kedai kopi, merasai keenakan kopi yang disediakan serta menyentuh secawan kopi yang digemari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai What’s On Tap, ikuti kafe ini di Intagram; @whatsontap.kl dan Facebook; @whatsontap.kl. What’s On Tap yang bertempat di tingkat bawah Plaza Mon’t Kiara beroperasi pada:-

Isnin to Jumaat                      8 a.m. to 7 p.m.

Sabtu                                    8 a.m. to 6 p.m.

Ahad & Cuti Umum                 9 a.m. to 6 p.m.

 

 

Published by
NanyRahman