Bakal pengantin tentu ingin tampil anggun dan glamor di majlis perkahwinan. Baju kahwin yang cantik dan menyerlah pastinya mampu menaikkan seri pengantin itu sendiri.

Bagi menyuntik ilham, sentuhan baju kahwin selebriti tentu sahaja menggamit rasa teruja untuk anda jadikan inspirasi selain turut menjadi ikutan masyarakat untuk kelihatan menonjol dan eksklusif.

Oleh itu, ayuh cuci mata dan cedok inspirasi baju kahwin yang disarungkan oleh selebriti terkemuka Hollywood ini. Mana tahu idea ini boleh anda jadikan inspirasi untuk potongan baju kahwin anda nanti. Gerenti wow! 

1. AMAL ALAMUDDIN

Gaun rekaan Oscar De La Renta yang digayakan oleh Amal Amaluddin di hari perkahwinannya ini memberi kesan yang anggun dan cukup menyerlah. Gaun putih dengan potongan off shoulder ini sangat sarat dengan perincian manik dan renda.

2. JENNIFER LOPEZ

Dress yang digayakan oleh JLo di karpet merah Academy Awards rekaan Elie Saab ini tampak cukup menawan. Selain rona putih, gaun bernuansa nude juga amat sesuai digayakan di majis hari bahagia.

3. OLIVIA PALERMO

Olivia tampil berbeza dengan gaun pengantin yang ternyata unik. Gaun rekaan Carolina Herrera ini menampilkan siluet ringkas dengan mempertaruhkan gaun polos tanpa sebarang perincian dan dipadankan dengan skirt tulle yang romantis.

4. ALA GRACE KELLY

Klasik dan moden! Susuk ala Grace Kelly terpancar dengan padanan blaus dan skirt dalam rekaan pereka Rosa Clara. Tampak cukup anggun selain menyerlahkan ciri-ciri feminin yang cukup nyata. Simple but nice! I like!

5. CINDERELLA ALA LILY JAMES

Dress dalam palet rona nude peach rekaan Elie Saab yang digayakan oleh Lily James ini tampak cukup romantis dan feminin. Sesuai untuk anda yang ingin mewujudkan perkahwinan bertema fantasi bak puteri raja. Bila lagi nak jadi anak raja kan?

6. MARION COTILLARD

Gaun Dior Haute Couture yang digayakan oleh Marion Cotillard tampil ringkas dan minimalis. Terkesan gaya moden dengan potongan struktual yang nyata. Cukup sesuai buat anda yang sukakan gaya simplicity.