Dalilnya ialah ayat al-Qur’an ini: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya sikap nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik) kerana perdamaian itu lebih baik; sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. [al-Nisa’ 4:128]
Ayat ini ditujukan kepada para isteri. Perhatikan di permulaan ayat di mana Allah menyebut “…bimbang akan timbul…”, bererti isteri sentiasa prihatin kepada sikap suami dan segera bertindak apabila wujud tanda-tanda awal bahawa suami akan nusyuz atau tidak melayaninya dengan baik.
Nusyuz secara bahasa bererti tinggi. Dalam konteks ayat ini, ia bererti suami yang tinggi diri, ego, sombong dan bersikap ala diktator. Tidak melayaninya bererti tidak memberi nafkah batin kepada isteri seperti belaian kasih sayang, santapan rohani, pelukan dan hubungan seks. Jika suami menunjukkan tanda-tanda awal yang negatif seperti ini, maka ayat al-Qur’an di atas menyuruh isteri segera bertindak.
Tindakan pertama ialah “…membuat perdamaian di antara mereka berdua”. Yakni mencari dan mengorak langkah-langkah bagi mengelakkan tanda-tanda awal nusyuz dan tidak layan tersebut daripada menjadi kenyataan.
Ayat ini menggunakan istilah perdamaian kerana lazimnya apabila suami bertindak sedemikian, ertinya sudah wujud bibit-bibit persengketaan di antara suami dan isteri dalam rumahtangga tersebut. Bibit-bibit tersebut mungkin kecil dan dipandang ringan, akan tetapi bukankah kata pepatah ada menyebut “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”?
Seterusnya Allah berfirman: “…kerana perdamaian itu lebih baik” yakni apabila dibandingkan dengan perceraian. Allah menyatakan sedemikian kerana sebahagian isteri, apabila wujud tanda-tanda awal nusyuz atau tidak layan di pihak suami, mereka akan segera menuntut cerai. Rangkap ayat ini seolah-olah menyentuh suasana realiti masa kini, di mana agak ramai pasangan yang begitu mudah bercerai.
Ads
Apabila timbul sikap nusyuz atau tidak layan daripada suami, isteri menjadikan penceraian sebagai solusi tanpa sungguh-sungguh mengusahakan langkah-langkah perdamaian. Mereka menyangkakan penceraian itu adalah lebih baik berbanding “keseksaan” hidup bersama.
Namun setelah melaluinya, ternyata bahawa penceraian itu sendiri adalah satu penyeksaan yang dahsyat sehingga tidak sedikit di antara mereka yang menyesal.
Perkara yang sama juga ditujukan kepada para suami agar jangan segera menjadikan penceraian sebagai solusi masalah rumah tangga.
Ads
Allah berfirman dalam ayat yang lain: Kemudian jika kamu (wahai suami merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [al-Nisa’ 4:19]
Kembali kepada masalah suami yang dibimbangi nusyuz, tindakan kedua merujuk kepada firman Allah: “…sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.” Apabila melakukan perdamaian, mesti ada sikap saling memaafkan, saling mengaku kesilapan diri sendiri, saling memberi serta menerima (give and take), saling berjanji untuk melakukan pembaikan dan saling berusaha ke arah kebaikan.
Sikap-sikap mulia seperti ini tidak akan wujud pada diri orang yang bersifat kedekut. Atas dasar inilah Allah memberi peringatan “… sedangkan sifat kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia” agar pasangan suami isteri sedar akan sikap kedekut yang ada dalam diri masing-masing dan segera menjauhinya dalam proses perdamaian tersebut.
Ads
Akhirnya Allah memberi motivasi: “Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman)” Allah menggunakan kata ganti “kamu” dan bukannya “kalian berdua” dalam rangkap terakhir ini kerana ia ditujukan secara individu kepada suami dan isteri agar masing-masing memainkan peranan ke arah perdamaian, berlaku baik dan mencegah diri daripada menzalimi pasangan.
Apa jua yang dilakukan oleh isteri, apa jua yang dilakukan oleh suami, “…maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.”
Demikianlah ayat al-Qur’an berkenaan suami yang nusyuz dan langkah-langkah yang patut diambil oleh isteri apabila timbul tanda-tanda awal suami akan nusyuz atau tidak melayannya. Perhatikan perbezaan besar langkah-langkah yang perlu diambil oleh isteri ke atas suami yang dibimbangi nusyuz dengan langkah-langkah yang perlu diambil oleh suami ke atas isteri yang dibimbangi nusyuz.
Oleh: Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah Juruterbang MAS
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri adalah seorang insan yang sangat tabah dalam menjaga semua perihal rumah dan keluarga termasuk pakaian suami, anak, serta makan minum mereka. Ada isteri yang tidak sempat menukar pakaian terus ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk terus memasak.
Jadi apa salahnya jika sesekali suami sekali sekala ringankan beban isteri, kalau anda sampai awal ke rumah telefon isteri barang apa yang perlu diberi atau penyediaan bahan yang diperlukan. Baru lah bahagia kehidupan rumah tangga kalau ada kerjasama antara satu sama lain.
Ini antara tips mengambil hati isteri tanpa perlu berbelanja besar.
Jika isteri memasak, suami tolong basuh pinggan.
Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan.
Isteri lipat baju, suami tolong kemas dalam almari
Tolong basuh kereta isteri.
Sesekali belikan hadiah buat isteri.
Ungkapkan kata cinta pada isteri setiap hari.
Hindari buat sesuatu perkara yang isteri tak suka.
Bawa isteri berjalan atau bercuti ke tempat yang dia belum pernah pergi.
Buat kejutan seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan.
Akhir sekali, berikan pujian setiap kali isteri masak atau berlawa semata-mata buat suami tercinta.
Sumber : theasianparent
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pantang larang dengan masyarakat melayu berpisah tiada. Setiap apa yang kita lakukan, pasti akan berkait rapat dengan pantang larang. Walaupun kita berada di zaman moden, masih ada pantang larang nenek moyang yang masih diamalkan hingga kini.
Setiap pantang larang pasti ada kebaikannya dan ia merupakan satu pilihan. Tidak semestinya anda wajib amalkannya. Perubahan gaya hidup yang serba moden ini pasti buat ramai individu menganggap ia sebagai amalan yang konservatif.
Kami ingin berkongsi pantang larang orang dulu-dulu yang berkaitan dengan bakal mempelai. Jom baca!
Nasihat 1
Jangan sesekali keluar dengan bakal isteri atau suami selama 40 hari sebelum akad nikah. Kalau nak keluar, bawa peneman
Nasihat 2
Jangan keluar langsung lepas Maghrib atau lewat malam jika tiada hal penting
Nasihat 3
Jangan tidur atas katil pengantin, tak elok dilihat orang lain (Nampak sangat tak sabar tu)
Nasihat4
Tidurlah secukupnya atau paling baik dapatkan 8 jam tidur yang ideal
Nasihat 5
Elak berjemur atau duduk di bawah matahari yang panas terik untuk elak kulit jadi gelap dan kurang berseri
Seorang suami memerlukan isterinya sebagai pelengkap hidup dalam mengharungi onak dan duri perjalanan hidup. Suami juga inginkan pasangan yang sentiasa mendampingi dirinya dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan.
Akan tetapi, ada beberapa perkara yang dilakukan oleh isteri menimbulkan rasa kurang senang di hati suami. Sikap yang kurang menyenangkan ini boleh membuatkan suami hilang mood dan bosan.
Oleh itu, pastikan isteri mengelak daripada melakukan tujuh perkara yang kurang disenangi oleh suami ini.
1. SALAH PILIH TOPIK BERCERITA SALAH
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi kepada pasangan tetapi biarlah berpada-pada. Ini kerana lelaki mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang sama sahaja dan anda asyik mengulanginya berkali-kali. Apa salahnya anda borakkan tentang sesuatu jenaka yang boleh membuatkan suami ketawa terbahak-bahak. Itu kan lebih menarik?
2. KOMEN TENTANG PENAMPILAN BERAT BADAN
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami secara berlebih-lebihan. Memang tidak salah untuk menegur tapi pastikan perkataan yang anda gunakan itu bersesuaian dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat kepadanya dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan bersahaja.
3. TERLALU MENGONGKONG
Lelaki tidak suka pada wanita yang mempunyai sikap sebegini . Bagi lelaki, ia cukup merimaskan lantas membuatkan dirinya rasa terikat dan tidak bebas. Mengongkong secara berlebihan dan pada perkara yang tidak sepatutnya boleh membuatkan suami kecewa dan sedih. Sukar untuk suami dapat apa yang mereka mahukan apabila bersama dengan isteri yang kuat mengongkong.
4. MENGELUH TIADA BAJU YANG SESUAI
Apabila anda sering mengeluh tiada baju, padahal baju anda sampai dua hingga tiga buah almari, tu belum masuk lagi kasut dan masih mengaku yang tiada baju yang sesuai untuk dipakai, tentunya membuatkan suami ‘malas’ mendengar alasan anda. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki rimas dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh dan memberi alasan tiada baju.
5. TERLALU MENGEJAR CITA-CITA
Isteri yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan suami kurang senang. Malah wanita sebegini merasakan dirinya boleh hidup tanpa sokongan lelaki kerana dia boleh berdikari di atas kejayaannya sendiri. Kepada wanita di luar sana, cubalah ubah sikap buruk ini agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, janganlah pula terlampau bersikap terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu dijaga.
6. AMBIL MASA LAMA UNTUK BERSIAP
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap lama semata-mata untuk keluar ke satu-satu tempat yang jaraknya tak sampai lima minit dari rumah. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga dua, tiga jam untuk bersiap, lama-kelamaan pastinya suami akan bosan.
7. HIGH MAINTENANCE
Isteri yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan sukakan barang kemas atau keperluan mewah, pastinya merisaukan suami. Tidak semua suami mampu untuk memenuhi permintaan isteri sebegini kerana dalam fikiran mereka, ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!