Yakinlah Rezeki Makin Luas Jika Belanjakan Duit Buat Isteri

Share

Tidak dinafikan ada suami yang alpa malah berkira-kira nak bagi nafkah bulanan untuk isteri. Namun bila kawan-kawan minta belanja, senang-senang je nak hulurkan duit, kononnya nak jaga hati kawan.

Wahai suami, ingatlah keutamaan anda kepada isteri. Janganlah kedekut untuk ‘sedekahkan’ duit buat isteri. Percayalah, setiap sen yang anda belanjakan buat isteri sebenarnya mampu menyalurkan rezeki yang melimpah-ruah buat anda.

Nak lagi isteri sayang, belanjalah barang dapur banyak sikit stoknya.

Setiap suami haruslah sematkan dalam diri perkongsian menarik Mohd Nazim Badruddin ini, moga rezeki anda semakin bertambah.

Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya, gaji beliau tidak mencukupi. Nak buat kerja part time, tiada kesempatan. Duit beliau katanya, hanya cukup-cukup untuk dirinya sahaja.

Mujur isterinya bekerja dan isteri beliau yang banyak membantu. Dia punya semput, sampaikan duit nafkah isteri pun tak bagi. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri juga dinafikan.

Menabung itu penting, tetapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting. Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.

Nabi SAW bersabda;
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)

Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya untuk wang dapur. InshaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang.

 


Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri kita dulu. Bila sudah selesai urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau tak ada kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela dibelanja.

Published by
Bella