Ada yang berpendapat wang dan belanja dulang hantaran sebenarnya adalah hadiah kepada pasangan tapi ada juga menyatakan bahawa ia terpulang kepada keikhlasan pihak bakal suami untuk membantu mengurangkan belanja majlis perkahwinan di pihak perempuan.
Namun ada juga yang berpendapat ia penting untuk menjaga status terutamanya jika calon isteri datangnya daripada golongan berada dan berpendidikan tinggi atau bakal suami pula yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.
Adakah penting bagi status seseorang sehingga ia boleh mempengaruhi sesuatu perhubungan? Islam sendiri mengalakkan penganutnya berkahwin sekufu yang membawa maksud setaraf. Ia kerana perkahwinan yang sama taraf atau status akan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kelak.
Hari ini status selalu dikaitkan dengan kaum wanita, seiring dengan peningkatan jumlah wanita yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan ada yang berpendapatan lebih lumayan dari lelaki. Ini boleh membuatkan lelaki rasa tidak setaraf untuk mendekati mereka apatah lagi memperisterikan wanita yang lebih tinggi darjatnya.
Dalam hal wang hantaran, sebenarnya tak salah meletakkan jumlah hantaran yang tinggi kalau lelaki itu mampu dan tak membebankannya. Teatpi secara kebenarannya ada ramai anak muda pada masa ini menangguhkan majlis kerana tak cukup wang hantaran.
Ads
Tarik diri
Bagaimana nak galakkan pasangan berkahwin kalau wang hantaran ditetapkan begitu tinggi hingga di luar batas kemampuan? Akhirnya perkara yang baik dan dan digalakkan Islam ditangguhkan semata-mata kerana tak mampu menyediakan belanja untuk perkara yang tak perlu sedangak semua orang tahu yang nak berkahwin tu anak-anak, bukan ibu bapa.
Ada juga anak lelaki yang sanggup menarik diri daripada sebuah perkahwinan semata-mata kerana tak mampu menyediakan jumlah hantaran yang diminta. Daripada maruah tercemar, rasa terhina kerana tak mampu menyediakan wang hantaran, maka undur diri adalah lebih baik.
Seharusnya orang tua gembiri dan lega kerana anak mereka akan disunting menjadi isteri dan dapat mengelakkan berlaku perkara-perkara tidak baik seperti maksiat.
Ads
Mangsa Keadaaan
Selalu menjadi mangsa adalah anak gadis. Tak kahwin kerana terpaksa menurut kehendak ibu bapa. Sedangkan dalam hati dah bersedia nak jadi isteri dan ibu.
Dalam situasi begini, anak gadis perlulah berbincang dan berterus terang dengan ibu bapa. Luahkan apa yang tersirat di hati. Lakukan dengan berhemah dan bukan bertujuan untuk melawan. Carilah masa yang sesuai untuk berbincang tentang perkata ini dengan lebih mendalam bersama ibu bapa.
Ads
Ikut trend semasa
Ada juga sesetangah ibu bapa meletakkan wang hantaran yang tinggi kerana ingin mengikut trend semasa. Antara faktornya adalah kos sara hidup yang tinggi, dulu lima tahun lepas kakaknya wang hantaran RM5K, takkan sekarang bila si adik nak ikut harga yang sama? Atau pun faktor ibu bapa yang tak nak kalah ingin melawan sepupu, saudara mara yang lain atau jiran tetangga.
Seperkara lagi, jangan mudah buruk sangka terhadap ibu bapa. Mungkin mereka tersilap dalam hal ini, tetapi niat mereka baik iaitu ingin melihat anak merka bahagia selepas kahwin. Tiada ibu bapa yang ingin menghancurkan hati anak-anak mereka. Kadangkala mereka cuma mahu pastikan calon suami mampu, rajin dan bertanggungjawab.
Sekiranya permintaan mereka tidak munasabah, sebagai anak jalan terbaik adalah dengan berbincang secara lembut dan berhemah. Berilah masa untuk mereka fikirkan kembali keputusan mereka agar dapat memuaskan hati semua orang.
Perkahwinan adalah benteng untuk memelihara maruah dan harga diri. Rumah tangga yang didiami bukan sekadar tempat berlindung, bahkan tempat berehat, membina kasih sayang dan mencari keredhaan Allah. Dan akhir sekali, jangan lupa berdoa serta solat hajat, mohon Allah lembutkan hati ibu bapa dan segala urusan dipermudahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adat berinai menjadi tradisi perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan. Pada zaman dahulu, adat berinai terbahagi kepada dua iaitu adat berinai kecil dan berinai besar. Adat berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Adat berinai besar pula diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan.
Buat bakal pengantin baca perkongsian oleh Nana Henna untuk tip malam berinai.
Tip Untuk Pengantin Di Malam Berinai?
1. Uruskan diri
Pengantin haruslah mandi dan makan terlebih dahulu sebab proses berinai mengambil masa yang lama untuk siap.Terkena pula kalau design hok ke siku. Hehehe. memang akan makan masa berejam dik non oii. Pastikan makan sebelum berinai.
2. Handphone
Sebelum berinai, selesaikan lah segala urusan telefon anda. Bagitahu ahli keluarga dan kenalan anda terlebih dahulu bahawa anda ada majlis berinai agar mereka tidak terkena virus ’’krik krik’’ ketika anda sedang berinai. Bermain handphone ketika berinai boleh membuat ukiran anda comot & tidak kemas. Percayalah! .Jangan pula salahkan henna artist atas kecuaian anda sendiri ?
3. Barang-Barang keperluan
Letak barang keperluan utama anda di tempat yang senang dicari / dicapai. At least henna artist boleh la tolong ambilkan barang tersebut untuk anda jika anda memerlukan . Pergi stor, naik atas almari, masuk bawah katil, selongkar almari juga tidak termasuk dalam perkhidmatan berinai.
4. Ahli Keluarga / Kenalan
Ahli keluarga / kenalan boleh turut serta melihat pengantin di inaikan, TAPI jangan la menyakat si pengantin.Sebab sedikit gegaran pun boleh menganggu proses inai. Proses menginai ni memerlukan fokus dan perhatian yang lebih. Jangan terlalu buat lawak / membahan si pengantin. Paling penting, kalau pengantin jenis yang melatah, Please ! Please ! Jangan kejutkan atau buat apa sahaja yang membuatkan pengantin melatah. Please take note, Emosi pengantin juga memainkan peranan yang sangat penting ketika berinai.
6. Tempat
Seboleh-bolehnya, berinai di tempat yang selesa, jauh dari kanak-kanak yang berlari/bermain, tempat kenalah tempat yang terang. Suasana juga memainkan peranan penting ketika berinai. Semolek-moleknya di dalam bilik ?
Bila melibatkan makanan orang Kelantan mesti ramai kenal dengan budu, ada yang geli untuk makan budu kerana cara pembuatannya menggunakan proses penapaian dilihat agak menggelikan. Namun proses pembuatan dengan cara ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada usus manusia. Kajian tempatan menunjukkan budu dan pegaga mampu mengelak seseorang daripada menghidap penyakit kanser perut.
Budu yang biasanya di letakkan dalam nasi kerabu juga sesuai dimakan dengan ulaman. Dari segi harga budu merupakan penambah rasa sedap pada makanan yang majoriti rakyat Kelantan mampu beli setiap hari.
Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Lee Yeong Yeh mendapati kanser perut jarang dihidapi masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor budu dan pegaga.
Beliau berkata, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut, namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri Kelantan.
Dipetik Utusan Online, kata beliau, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan tradisional tempatan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekali gus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.
Amalan meminum jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Pegaga juga dikatakan mampu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha.
Bagi yang bimbang dengan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia Âmemiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit.
Istimewanya, ia mengandungi pelbagai nutrien antaranya asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.
Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangÂkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.
Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping meningkatkan peredaran darah.
“Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal, namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.
“Selain itu, penduduk Melayu di sini (Kelantan) juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori,” kata beliau di Kubang Krian, Kelantan.
Surah Al-Kafirun(سورة الكافرون) yang bermaksud orang-orang kafir adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah yang mengandungi 6 ayat ini telah diturunkan di Makkah (Surah Makkiyah). Nama ‘Al Kafirun’ (orang-orang kafir) diambil dari kata yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Dalam Surah Al-Kafirun ini Allah SWT menegaskan tentang amal ibadat secara Islam dan menolak sebarang cara penyembahan dan amalan syirik. Ia dengan jelas menyatakan tidak ada tolak ansur dan kompromi untuk mencampuradukkan ajaran agama, terutama dalam soal akidah dan ibadah dengan orang-orang kafir. Surah ini telah ditujukan kepada kaum Musyrikin kerana orang kafir tersebut tidak mahu menerima seruan dan petunjuk kebenaran yang dibawakan Nabi Muhammmad SAW kepada mereka.
Penyangkal Kaum Kafir
Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tidak putus- putus mencari jalan untuk menyekat pengaruh dan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Antaranya mereka telah berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan; jika Rasulullah SAW bersetuju memuja Tuhan mereka, mereka pun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam.
Dengan demikian mereka akan bertukar-tukar mempraktikkan ibadat sehingga salah satu daripada cara mereka terbukti benar. Maka, menurut fikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dan mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika cara ibadat kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Kemudian surah ini diturunkan untuk menjawab hal itu.
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Ibn Abi Hatim meriwayatkan bahawa orang Quraisy telah mengundang Nabi SAW untuk memberinya harta yang banyak, sehingga Baginda SAW boleh menjadi orang terkaya di Mekkah dan akan mengawinkannya dengan wanita mana saja yang Baginda sukai. Mereka berkata, “Inilah untukmu, wahai Muhammad tetapi (sebagai imbalannya) kamu berhenti menghina tuhan-tuhan kami dan tidak menrendah-rendahkannya. Jika kamu tidak bersedia, maka mari kita bergiliran; kamu menyembah tuhan-tuhan kami selama setahun, lalu setahun berikutnya giliran kami yang menyembah tuhan-mu.”
Maka, Rasulullah SAW menjawab, “Nanti dulu hingga wahyu diturunkan Rabbku kepadaku.”Lalu Allah menurunkan, [Qul Yâ Ayyuhal Kâfirûn] dan juga turun ayat lainnya, iaitu [Qul Afaghairallâhi Ta`murûûni A’budu Ayyuhal Jâhilûn; “Katakanlah, ‘maka apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, hai orang-orang yang tidak berpengetahuan.’] -az-Zumar:64
Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini, di antaranya:
Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran. Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
1. Menyamai Seperempat Al-Qur’an
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, “Bukankah kamu hafal (Al Kafirun).?” Orang itu menjawab, “Benar.” Baginda menjawab, “(Ia senilai) seperempat al-Qur’an.” (HR. At-Tarmizi r.a.)
Rasulullah SAW bersabda: “Surah ‘Qul ya ayyuhal kafirun’, sama dengan seperempat Al-Quran.” (HR. Al Hakim).
Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapayang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang membaca Surah Al Kafirun maka bandingannya seperti membaca 1/4 dari al quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa bencana yang mengejutkan.” (HR. At Tirmizi)
2. Membebaskan Diri Dari Kesyirikan
Riwayat ath-Thabaraniy dengan sanadnya dari Jibillah bin Haritsah, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu telah ke tempat tidurmu, maka bacalah (Al Kafirun) hingga kamu membacanya sampai akhir, sebab ia membebaskan diri dari kesyirikan.” (al-Mu’jam al-Kabir, jld.II, h.278. Al-Haytsamiy berkata di dalam Majma’ az-Zawa`id, jld.I, h.121, “Para periwayatnya telah dinilai Tsiqah.”
Dari Farwah bin Naufal, dari ayahnya ra. bahawa Nabi SAW bersabda: “Bacalah surah Al Kafirun, kemudian tidurlah setelah itu, kerana sesungguhnya itu adalah pembebas (pembersih) dari syirik.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Al Hakim).
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu hendak tidur di waktu malam maka hendaklah kamu membaca…(surah al-Kafirun) kemudian tidurlah bila selesai membacanya kerana ia adalah pembebasan daripada syirik.” (H.R. al-Tirmidzi)
3. Sunnah Membaca Bersama Surah Al-Ikhlas
Disunnahkan membacanya dalam solat dua raka’at sebelum Tawaf. Hal ini berdasarkan riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Jabir bahwasanya Rasulullah SAW pernah membaca keduanya. Demikian juga, disunnahkan membaca keduanya pada solat sunat Qabliyyah Subuh berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dalam Shahîh Muslim.
Dari Abu Hurairah ra. Berkata, “Rasulullah SAW telah membaca kedua surah ini (Qul ya ayyuhal kafiruun dan Qul huwallahu ahad) dalam solat sunat Fajar.” (HR. Muslim).
Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah SAW membaca surah al-Ikhlash dan al-Kaafiruun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)
Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).
Dari Ibnu Masud katanya, “Rasanya tidak dapat saya hitung betapa kerapnya saya mendengar Rasulullah SAW dalam kedua rakaat solat sunat sesudah solat Maghrib dan kedua rakaat sunat sebelum fajar, membaca surah Qul yaa ayyuhal kaafiruun dan Qul huwallaahu ahad.” (HR. Ibnu Majah, Tirmidzi).
Nabi pernah mendengar seorang sahabat membaca surah pertama (Al-Kafirun) pada raka’at pertama, lalu Baginda bersabda,“Orang ini adalah orang yang beriman kepada Tuhannya.” Seterusnya, ia membaca surah kedua (Al-Ikhlash) pada raka’at kedua, lalu Nabi bersabda, “Orang ini benar-benar mengenal Tuhannya.” (HR. Thahawi, Ibnu Hibban dalam Shahihnya di Hasankan oleh Hafizh dalam kitab Al-A’aliyaat).
Imam Ja’far Ash-Shadiq berkata: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlash dalam solat fardhu, Allah akan mengampuni dosanya dan dosa orang tuanya. Dan ia tidak akan melahirkan anak yang celaka, walaupun semestinya anak itu tergolong pada anak yang celaka, Allah SWT menghapusnya dari lembaran catatan orang-orang yang celaka dan menetapkannya di lembaran catatan orang-orang yang bahagia, menghidupkannya dengan kehidupan yang bahagia, mematikannya sebagai syuhada’, dan membangkitkan (dari kuburnya) seperti orang yang syahid.” (Kitab Tsawabul A’mal, hlm 127).
Imam Ja’far Ash-Shadiq, dari ayahnya berkata: “Surah Al-Ikhlash adalah sepertiga Al-Qur’an dan surah Al-Kafirun seperempat Al-Qur’an.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/687).
Dari Ali r.a., “Seekor kala jengking menyengat Rasulullah SAW, Baginda segera meminta air dan garam yang digunakan untuk mengusapnya sambil membaca surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Naas.” (HR. Thabrani).
Maka marilah kita sama-sama beramal, memahami dan menghayati surah al-Kafirun yang senilai dengan seperempat al-Quran ini, dimana ia mengandungi pokok akidah, segala perbuatan hati dan larangan menyembah selain Allah SWT supaya kita dapat menjaga akidah kita supaya tidak syirik kepada Allah Ta’ala.
Dalam bab akidah dan tauhid kita langsung tidak boleh berkompromi atau bertolak ansur kerana akidah ini adalah hak Allah SWT yang tidak boleh disekutukan dengan perkara-perkara syirik kepada-Nya.
Ya Allah! Janganlah Dikau pesongkan hati kami sesudah Dikau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu.
Amin…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!