Baru-baru ini aktres Zara Zya dikatakan tak laku sebab lewat kahwin, malah isu ini buat dia mudah tersinggung apabila terlalu kerap berdepan soalan tentang perkahwinan daripada orang ramai.
Ya, sebenarnya tak salah tanya pasal kahwin tetapi biarlah berlapik. Kadang pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila hendak akhiri zaman bujang.
Zara Zya Dikatakan Tak Laku, Otak Jadi Penat Disoal Tentang Kahwin
Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun rezeki dalam hal jodoh masih belum memihak.
Biasalah, orang di sekeliling suka ‘mengasak’ dengan pertanyaan-pertanyaan jodoh yang tidak mampu dijawab.
Benar, jodoh itu adalah ketentuan ALLAH SWT yang ditetapkan sebelum kita dilahirkan di dunia yang fana ini. Percayalah setiap apa yang berlaku dan ketentuan yang ditetapkan oleh-NYA adalah yang terbaik buat diri kita.
Menurut Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, disebabkan perkara itu, dia menjauhkan diri daripada orang ramai kerana enggan terus dihakimi berkaitan hal peribadi.
Ads
“Dua hari lalu saya menangis dalam siaran langsung TikTok sebab orang asyik bertanya hal peribadi.
“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya tidak peduli tetapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang sejak kebelakangan ini menyinggung perasaan saya,” katanya.
Boleh Disoal Tapi Dengan Cara Yang Betul
Bukan bermakna dirinya tidak boleh menerima teguran tetapi haruslah dengan cara yang lebih sopan dan elok didengar.
Ads
“Tidak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri tetapi ada yang buka mata untuk mengecam.
“Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi cara percakapan itu menggores hati saya.
“Saya gembira sahaja dengan hidup saya, namun apabila kerap dihakimi memang membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” ujar pelakon drama Kerasnya Takdir itu.
Pilih Duduk Rumah Sebab Nak Jaga Hati Sendiri
Ads
Bukan hanya menjejaskan kesihatan mental, dia mengakui setiap kata-kata negatif yang diberikan kepadanya turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri daripada orang ramai.
“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang sehingga rasa patah semangat untuk membuat siaran langsung dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
“Saya juga guna pendekatan tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah selain sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Selama ini orang sering melihat saya gembira namun hakikatnya saya sendiri tidak menyangka impaknya sebegini impaknya begini,” ujarnya lagi.
Pada Februari lalu, nama Zara menjadi bahan bualan ramai didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan selepas tular sebuah video sedang disarungkan cincin.
Namun, andaian tersebut meleset apabila video tersebut hanyalah gimik promosi sebuah produk kecantikan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan rupa paras menjadi taruhan. Begitulah ikhlasnya seorang wanita menerima kehadiran jejaka bernama Surya Manurung dalam hidupnya. Surya yang menghidapi sindrom Treacher Collins ini sah menjadi suami kepada wanita jelita, Shasha Puspita Dewi.
Apakah sindrom Treacher Collins?
Sindrom Treacher Collins adalah kelainan genetik langka yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang dan struktur wajah. Anak yang menderita sindrom Treacher Collins umumnya memiliki bentuk wajah, kepala, dan telinga yang tidak biasa. (Sumber Alo Dokter).
Keluarga Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana mempunyai kelainan dari segi bentuk wajah, kepala dan telinga. Difahamkan, Surya juga pernah bertunang sebelum ini namun bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya, Shasha.
Kedua-duanya beruntung kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Baik Surya dan Shasha, tentunya mereka mengharapkan perkahwinan yang dibina ini akan kekal ke akhir hayat.
Malah, coretan di laman Instagram juga boleh bikin sebak sesiapa sahaja.
“Ketika semua mendekat hanya untuk mempermainkan hanya dialah yang tulus mencintaiku,” #suryamanurungnikah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar merupakan salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu yang menjadi kegemaran ramai. Ada juga yang ‘memanggil’ kuih ini dengan ‘panggilan’ kuih bahulu kemboja.
Sering dihidangkan di majlis-majlis rasmi, perkahwinan, kenduri-kendara dan sebagainya, kuih bakar enak dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.
Kuih bakar tradisional dibakar dengan dapur arang menggunakan acuan khas. Seiring dengan gaya hidup masyarakat masa kini, kuih bakar boleh dimasak dengan cepat dan mudah menggunakan air fryer.
Anda yang baru kahwin sesuai sangat masak untuk suami. Tak perlu guna oven dan rasanya pun tetap sedap macam masak guna dapur arang.
RESIPI KUIH BAKAR MENGGUNAKAN AIR FRYER
Bahan-bahan:
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan/1kotak kecil
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan tadi sehingga sebati. Masukkan dalam loyang .
2.Bancuhan ini boleh dapat dua biji kuih bakar. Bahagi bancuhan kepada dua bahagian dan bakar secara berasingan.
3.Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 170 celcius selama lebih kurang 45 minit.
4. Tunggu sehingga betul-betul sejuk barulah dipotong. Enak dinikmati ketika masih panas.
Hebat, deko rumah sendiri semata-mata nak bagi kejutan untuk bakal isteri. Ini lebih dari kisah romantik ya, sangat bertuah bakal orang rumahnya.
Deko Rumah Sendiri Untuk Kejutan Bakal Isteri
Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya, malah dia menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.
“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Ada Asas Dalam Bidang Hiasan
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Nak Buat Sendiri Untuk Beli Jiwa Si Dia
Mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabulkan.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Begitulah usaha seorang lelaki untuk bakal isteri tercinta, jadi sesiapa yang dapat calon minat deko rumah dikira bertuah, ya. Boleh jadi dapat rumah siap dideko macam ini. Rezeki sangat!