Zulin Aziz & Suami Tidak Pernah Putus Asa Dapatkan Zuriat, Pernah Alami Keguguran

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai penyambung keturunan. Namun bukan semua pasangan yang mendirikan rumah tangga ‘senang-senang’ mendapat zuriat. Ada yang perlu melalui pelbagai episod ‘duka’ dan cabaran sebelum berjaya memiliki zuriat yang diidamkan.

Bagi pelakon Zulin Aziz dia dan juga suami juga sangat menginginkan zuriat hadir dalam hidup mereka. Melalui perkongsian Zulin, dia memaklumkan dirinya pernah keguguran pada bulan Ogos lalu selepas ‘diasak’ dengan pertanyaan netizen mengenai cahaya mata.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zulin dilaman Instagram, menyatakan dia dan suami, Farhan Norzaini sama seperti pasangan lain juga yang ingin menimang cahaya mata.

“10 bulan usia perkahwinan kami asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Kami pun macam pasangan yang lain pastinya ingin zuriat.”

Tambah Zulin lagu, dia dan suami tidak akan pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Setiap kali ada kesempatan, Zulin akan memastikan dia dan suami akan pergi berbulan madu setiap kali mempunyai masa terluang.

“Kami tak pernah berhenti berusaha. Sebab tu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.”

Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan suami.

“Mohon doa yang baik-baik buat kami ya? Penantian harus ada kesabaran kan,” tulis Zulin.

Sumber: Instagram Zulin Aziz

Published by
Hasliza